Yes Wimax – Pengendali Wimax Terbaru

Semasa saya membaca akhbar The Sun hari ini, saya tertarik kepada satu iklan pengendali perkhidmatan wimax terbaru negara, Yes Wimax. Yes dikendalikan YTL Communications Sdn Bhd dan produk-produk Yes akan dilancarkan pada 19 November 2010.

Yes dikhabarkan akan menawarkan pelan data dan suara di dalam satu pakej yang mampu dimiliki. Dengan satu pendaftaran, pelanggan akan berpeluang menggunakan perkhidmatan data dan suara sekaligus. Perkhidmatan suara Yes dibekalkan dengan nombor talian yang bermula dengan 018. Pra-pendaftaran telah pun dibuka di laman web http://www.yes.my.

Sejauh mana hebatnya Yes, kita tunggu sahaja. Dengan kemunculan pengendali jalur lebar terbaru ini akan memberi lebih pilihan kepada pengguna. Kalau pengendali lain tak nak kehilangan pelanggan, kualiti perkhidmatan patutlah ditingkatkan.