Profil

TENTANG PENULIS / PEMILIK BLOG

Azizi Zulkefli dilahirkan pada 4 Mac 1982 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Memulakan pengajian di peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Jempol, Bahau, Negeri Sembilan. Kemudian menyambung pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah, Astana Raja, Rembau. Selesai pengajian menengah, menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan kepujian.

Mempunyai pengalaman bekerja di dalam bidang harta intelek di sebuah firma harta intelek di Kuala Lumpur dan kemudian berpindah ke sebuah agensi kerajaan di Kuala Lumpur , juga bertugas di dalam hal ehwal harta intelek. Berpengalaman memberi khidmat nasihat berkenaan harta intelek, penjenamaan, pengkomersilan produk dan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat, institusi pengajian dan orang awam.

Azizi juga merupakan seorang Perunding Takaful mewakili syarikat MAA Takaful Berhad  dan telah berpengalaman mengendalikan pelanggan dari pelbagai latarbelakang dan umur. Kini beliau mengendalikan perniagaan beliau sendiri, sebuah syarikat konsultan harta intelek Blue Rich Group Sdn Bhd.

Azizi merupakan Ejen Cap Dagangan (Trade Mark Agent) dan Ejen Rekebentuk Perindustrian (Industrial Design Agent) berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Azizi juga merupakan jurulatih bertauliah Perbadanan Sumber Manusia Berhad (HRDF) dan penulis di Majalah Niaga.

ZERALOGIES?

Zeralogies tidaklah merujuk kepada apa-apa makna dan sekadar perkataan ciptaan. Tetapi berkemungkinan mempunyai maksud dalam bahasa lain yang tidak diketahui penulis. Blog Zeralogies  memaparkan isu-isu berkaitan teknologi, inovasi, perniagaan, kewangan,  dan dunia harta intelek. Apa yang dipaparkan di blog ini adalah hasil tulisan penulis sendiri kecuali dimaklumkan sebaliknya.

MAKLUMAN

Segala yang artikel yang tersiar di blog ini menjadi hak cipta penulis dan sebarang usaha untuk menyalin untuk tujuan komersil tanpa mendapat kebenaran penulis adalah dilarang sama sekali. Walau bagaimanapun, jika tujuan salinan untuk tujuan pendidikan, penyalinan dibenarkan dengan meletakkan kredit penulisan kepada penulis.