Bosan Dengan Windows? Cuba Linux Mint 8 Helena

By | April 13, 2010

linux-mint

Setiap pengguna komputer di Malaysia sudah pasti menggunakan sistem operasi Windows sebagai sistem operasi utama komputer. Malah ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat sistem operasi selain daripada Windows yang digunakan pada komputer.

Linux merupakan salah satu sistem operasi komputer yang digunakan secara meluas terutama pada komputer pelayan dan pembangun perisian. Linux dibangunkan secara sumber terbuka di mana sumber kod perisian ini terbuka untuk dibangunkan oleh sesiapa sahaja. Terdapat berbagai versi Linux yang telah dibangunkan seperti Ubuntu, Red Hat, Mandriva dan sebagainya.

Sistem operasi yang saya ingin kongsikan ialah Linux Mint. Linux Mint adalah sistem operasi Linux yang dibangunkan berasaskan versi Ubuntu yang mana untuk versi Linux Mint ini, pelbagai perubahan telah dilakukan bagi menambahbaik versi Ubuntu yang sedia ada.

Linux Mint adalah percuma! Anda boleh memuat turun fail sistem operasi ini dan pindahkannya ke dalam CD atau DVD. Jika anda takut untuk terus bertukar kepada Linux Mint, jangan risau. Anda boleh boot CD pemasangan Linux Mint dan Linux Mint akan memuat terus sistem operasi Linux Mint dari pemacu CD/DVD. Jadi anda boleh mencuba dahulu sebelum meneruskan dengan proses pemasangan.

Berbeza dengan versi Ubuntu atau versi Linux yang lain, Linux Mint telah didatangkan dengan pakej multimedia yang lengkap dengan codec untuk memainkan fail-fail muzik dan video. Disamping itu, Linux Mint juga didatangkan dengan pakej perisian wajib bagi sistem opersai Linux seperti Open Office, Mozilla Firefox dan GiMP.

Disamping perisian yang didatangkan secara pakej, anda juga boleh memuat turun beribu-ribu perisian sumber terbuka yang terdapat di internet. Penggunaan Linux Mint adalah mudah dan tidak jauh berbeza dari penggunaan Windows atau versi asalnya, Ubuntu.

Antara kelebihan menggunakan Linux Mint ialah ianya stabil dan bebas dari virus yang kebiasaannya menyerang sistem operasi Windows. Jadi, jika anda ingin kelainan pada sistem operasi anda, cubalah Linux Mint!

Untuk muat turun, lawat laman web http://www.linuxmint.com/download.php

Manual Pemasangan: http://ftp.heanet.ie/pub/linuxmint.com/docs/user-guide/english_8.1.pdf

5 thoughts on “Bosan Dengan Windows? Cuba Linux Mint 8 Helena

  1. mancai

    salam singgah… wah aplikasinya lebih kurang ubuntu ni… tak pernah try lagi linux mint ni… nak cuba laa tq bro

    Reply
  2. Syafrizal

    Dulu saya guna Ubuntu pastu tukar Linux Mint pastu tukar Ubuntu balik. Sekarang guna XP sbb nak guna Photoshop.

    Linux Mint memang bagus kerana dia dah siapkan untuk semua pengguna. Boleh main semua file2 media.

    Reply
  3. Azizi Zulkefli

    Kalau pc power, boleh guna program ‘Wine’ untuk bukak program2 windows mcm photoshop. Tapi kdg2 problem jgk pakai wine ni sbb ada masanya sesetengah program tak boleh bukak.

    Reply
  4. Syafrizal

    Tu la masalah kalau PC lama macam saya ni. Tak bole nak buat macam2.. susah nanti. Pakai Wine pun macam siput.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *