Cap Dagangan & Nama Syarikat (2)

Saya telah mendapat satu lagi persoalan tentang cap dagangan dan nama syarikat dari pembaca. Soalannya lebih kurang begini, jika nak daftar cap dagangan, perlu ke saya daftar syarikat terlebih dahulu atau daftar dahulu atas nama individu.

Jawapan saya, jika nama syarikat dan cap dagangan adalah sama, adalah lebih baik daftar nama syarikat dahulu. Ini kerana jika cap dagangan berasaskan nama syarikat, peluang untuk didaftarkan adalah lebih tinggi. Ini berdasarkan keperluan sekseyn 10 (1) (a) Akta Cap Dagangan yang mengatakan antara ciri-ciri cap dagangan yang boleh didaftarkan adalah nama syarikat atau individu.

Namun begitu, cap dagangan tersebut boleh didaftarkan dahulu atas nama individu dan kemudian dipindah milik menerusi assignment kepada syarikat. Walaubagaimanapun, assignment atau serahhak ini hanya boleh dilakukan setelah cap dagangan berjaya didaftarkan. Jika masih lagi di dalam proses, permohonan untuk serahhak ini tidak akan diproses.

Bagi saya, adalah lebih elok daftarkan dahulu nama syarikat kerana pendaftaran syarikat memakan masa yang lebih pendek berbanding cap dagangan. Setelah syarikat berjaya didaftarkan, daftarkan cap dagangan tersebut di bawah nama syarikat secepat mungkin.

3 thoughts on “Cap Dagangan & Nama Syarikat (2)”

  1. tapi if nak reg trademark dulu pun ok je kan. while dlm proses, dah boleh pakai ‘TM” kat brand yg kita nak daftar tu kan..

  2. Boleh, memang takda masalah. boleh letak ‘TM’ kat trademark untuk bagitau yg trademark tu sedang dalam proses pendaftaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *