Category Archives: Hak Cipta

Pendaftaran Hak Cipta Di Malaysia

Hak Cipta merupakan satu bentuk perlindungan yang diberikan oleh undang-undang kepada karya-karya yang layak dilindungi di bawah undang-undang hak cipta. Jenis-jenis karya yang dilindungi adalah: (i) Karya sastera; (ii) Karya muzik; (iii) Karya seni; (iv) Filem; (v) Rakaman bunyi; (vi) Siaran (broadcast); dan (vii) Karya terbitan. Bagi mendapat penerangan terperinci mengenai hak cipta, boleh ke… Read More »

SEMINAR PENJENAMAAN DAN PENDAFTARAN CAP DAGANGAN

Pada 23 Ogos 2016, pihak syarikat saya, Blue Rich Group Sdn Bhd dengan kerjasama Sarawak Economic Development Corporation (SEDC), sebuah agensi kerajaan negeri Sarawak telah mengadakan seminar Penjenamaan dan Pendaftaran Cap Dagangan yang telah di adakan di bilik seminar Menara SEDC. Seminar ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan di bawah SEDC tentang asas penjenamaan… Read More »

Perbezaan Di Antara Paten, Cap Dagangan, Hak Cipta & Rekabentuk Industri

Di dalam undang-undang harta intelek, pemilik sesuatu harta intelek diberi hak-hak eksklusif terhadap pelbagai jenis harta tidak ketara seperti muzik, penulisan, lukisan, penemuan dan ciptaan, perkataan, simbol dan reka bentuk. Di antara jenis-jenis harta intelek yang biasa dikenali ialah paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian dan hak cipta. Ramai di antara kita mungkin biasa dengan… Read More »

Pendaftaran Sukarela Hak Cipta (Copyright Voluntary Registration)

Bermula hari ini, pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia telah mula menerima pendaftaran sukarela untuk sebarang kerja di bawah hak cipta. Pendaftaran ini bukanlah wajib kerana perlindungan bagi hak cipta diperoleh secara automatik sebaik sahaja sesuatu karya dicipta.Walaubagaimanapun, pendaftaran ini boleh membantu pemilik karya membuktikan pemilikan sesuatu karya yang diciptanya. Untuk membuat pendaftaran ini,  tuan punya… Read More »

Hak Cipta Menurut Islam

HAKCIPTA MENURUT PERUNDANGAN ISLAM Oleh: Dr. Arieff Salleh bin Rosman (PhD Fiqh dan Usul Fiqh, UIAM; M.A Syariah UKM; B.A Pengajian Islam Universiti Mu’tah, Jordan) Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia aswar@utm.my 1. PENDAHULUAN Islam merupakan agama yang diturunkan oleh Allah untuk menjadi ikutan seluruh manusia. Teras perundangan Islam adalah wahyu iaitu… Read More »

PETIKAN BERITA: Tempat Awam Yang Siar Program TV Tidak Perlu Bayar Royalti

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Kerajaan telah memutuskan bahawa semua tempat awam seperti hotel, klinik, hospital dan restoran yang menyiarkan program televisyen di premis mereka tidak perlu lagi membayar royalti ke atas penyiaran karya hak cipta yang disiarkan oleh stesen televisyen. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata… Read More »

PETIKAN BERITA: Malaysia paling pantas lulus daftar harta intelek

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi negara terpantas di dunia meluluskan tempoh pendaftaran pemilikan harta intelek berbanding Australia, Jepun dan Korea, bermula 1 Februari ini. Penambahbaikan itu merangkumi tempoh pendaftaran paten daripada 39 kepada 26 bulan untuk permohonan biasa tetapi boleh disingkatkan kepada 20 bulan jika pemohon mahu dipercepatkan. Pendaftaran cap dagangan pula disingkatkan daripada 18… Read More »

Perjanjian Perlesenan Pengguna Akhir (End User License Agreement)

Anda sudah tentu biasa melihat tetingkap di atas semasa memasang perisian Mozilla Firefox. Tetingkap di atas meminta pengguna untuk menerima perjanjian perlesenan penggunaan perisian Mozilla Firefox. Tetapi pernahkah kita membaca terma-terma penggunaan atau perjanjian perlesenan sebelum kita meneruskan pemasangan sesuatu perisian? Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan perjajanjian perlesenan ini?