Yes Wimax – Pengendali Wimax Terbaru

Semasa saya membaca akhbar The Sun hari ini, saya tertarik kepada satu iklan pengendali perkhidmatan wimax terbaru negara, Yes Wimax. Yes dikendalikan YTL Communications Sdn Bhd dan produk-produk Yes akan dilancarkan pada 19 November 2010.

Yes dikhabarkan akan menawarkan pelan data dan suara di dalam satu pakej yang mampu dimiliki. Dengan satu pendaftaran, pelanggan akan berpeluang menggunakan perkhidmatan data dan suara sekaligus. Perkhidmatan suara Yes dibekalkan dengan nombor talian yang bermula dengan 018. Pra-pendaftaran telah pun dibuka di laman web http://www.yes.my.

Sejauh mana hebatnya Yes, kita tunggu sahaja. Dengan kemunculan pengendali jalur lebar terbaru ini akan memberi lebih pilihan kepada pengguna. Kalau pengendali lain tak nak kehilangan pelanggan, kualiti perkhidmatan patutlah ditingkatkan.

TM Unifi – Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB)

Unifi

Unifi merupakan penyedia perkhidmatan jalur lebar terbaru di bawah kendalian TM dengan menawarkan pakej jalur lebar berkelajuan tinggi. Ketika ini Unifi menawarkan tiga pakej perkhidmatan iaitu 5mb per saat, 10mb per saat dan 20mb per saat.

Selain dari perkhidmatan internet, unifi juga menawarkan perkhidmatan lain seperti IP TV, perkhimatan suara dan video dan e-mel.

Continue reading TM Unifi – Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB)

Internet Berkelajuan Tinggi (HSBB) Dilancarkan

Sebentar tadi Perdana Menteri telah melancarkan inisiatif internet berkelajuan tinggi negara dan sekaligus melancarkan internet berkelajuan tinggi negara.

HSBB dikendalikan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dan menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan lebih 10mb per saat. Selain internet, TM HSBB juga akan mengadakan perkhidmatan IP TV, perkhidmatan suara dan video.

Setakat hari ini kita masih lagi tidak tahu caj yang akan dikenakan untuk HSBB ini. Kita sama-sama tunggu pengumuman dari pihak TM.

Terjemahkan Laman Web Bahasa Melayu Anda dengan Google Translate

Google Translate

Google Translate merupakan satu lagi aplikasi web yang ditawarkan oleh Google untuk menterjemahkan perkataan dan laman web. Selain itu, ia juga berkeupayaan untuk menterjemah fail dokumen seperti ‘word’ dan ‘pdf’ ke dalam pelbagai bahasa yang disokong oleh Google Translate. 

Saya sendiri telah menggunakan aplikasi ini untuk laman ini dengan meletakkan satu pautan ‘English Version’ di bahagian tepi laman ini untuk memudahkan pembaca berbahasa inggeris membaca laman web ini

Continue reading Terjemahkan Laman Web Bahasa Melayu Anda dengan Google Translate

Pelayan Web (Hosting) Percuma

174427-geocities_logo_original

logo.tripod-toolbar

Hari ini, sedang saya melayari internet, saya teringat bahawa saya telahpun mempunyai laman web saya sendiri seawal tahun 2001.  Laman web yang saya maksudkan ialah Fikrah Interaktif. Ketika itu saya masih lagi  menuntut di universiti dan saya membangunkan laman web tersebut ketika cuti semester.

Saya sangkakan laman web tersebut telah luput kerana saya sendiri telah lama tidak log masuk ke akaun laman web tersebut dan malah sudah lama tidak menjengahnya. Tetapi semasa saya membuat carian di Google, saya dapati laman tersebut masih wujud. Untuk makluman, laman web Fikrah Interaktif ini saya muatkan pelbagai koleksi artikel agama, teknologi dan kaunseling.

Apa yang saya ingin saya kongsi kali ini adalah berkenaan pelayan web. Ketika saya membangunkan laman web Fikrah Interaktif, saya menggunakan pelayan web yang dihoskan Tripod.

Continue reading Pelayan Web (Hosting) Percuma

Pelayar Web (Browser) Pilihan Anda

firefox_iegoogle-chrome-logo-711569

Pelayar web atau browser adalah aplikasi penting untuk melayari internet. Pelayar web menterjemahkan bahasa-bahasa pengaturcaraan web kepada antaramuka grafik yang dapat difahami pelayar internet. Ketika awal kemunculan internet, apa yang terpapar di pelayar web ketika itu hanyalah simbol-simbol dan huruf dan tiada sebarang grafik dipaparkan.

Sejarah pelayar web yang menyokong paparan grafik bermula pada tahun 1993 dengan kemunculan pelayar web Mosaic. Mosaic merupakan pelayar web pertama yang menyokong paparan grafik. Pelayar web Mosaic banyak mempengaruhi reka bentuk dan fungsi pelayar web yang wujud pada hari ini. Mosaic telah digunakan pada sistem operasi Windows dan Mac pada awal kemunculannya.

Continue reading Pelayar Web (Browser) Pilihan Anda

P1 Wimax – Satu Ulasan

p1

Salam,

Untuk entri kali ini, saya akan membuat ulasan berkenaan penyedia perkhidmatan internet (ISP) yang semakin meningkat naik di negara kita, P1 Wimax. P1 Wimax dikendalikan syarikat Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd yang beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor. P1 Wimax menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi tanpa wayar yang menggunakan modem khas untuk mendapatkan isyarat internet.

Image460

Gambar di atas adalah modem P1 Wimax yang saya gunakan ketika ini. Saya telah melanggan perkhidmatan P1 Wimax pada Ogos 2009. Saya telah memilih pakej Home Lite dengan kelajuan muat turun 400 Kbps dengan yuran langganan bulanan RM49.00. Untuk pakej ini, kadar muat turun maksima bulanan dihadkan kepada 5GB.  Sekiranya jumlah muat turun bulanan melebihi had yang ditetapkan, kelajuan keseluruhan akan dikurangkan. Ini bergantung kepada pakej yang di ambil. Setakat hari ini, saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan walaupun saya mengambil pakej yang paling rendah sekali. Saya telah menjalankan ujian kelajuan muat turun pakej 400Kbps dan di bawah adalah keputusannya:

speedtest

Saya tidak tahu kadar ketepatan ujian di atas kerana kadar kelajuan muat turun yang dipaparkan ialah 0.42 Mb/s atau bersamaan 420 Kbps. Ini bermakna kelajuannya 20Kbps lebih dari pakej yang ditawarkan. Ini sudah bagus! Continue reading P1 Wimax – Satu Ulasan