Barangan China, kualiti dan harga

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Jenama | Posted on 01-10-2010

4

Ketika ini, Negara kita dilambakkan dengan produk elektronik dari negara China. Televisyen, pemain DVD dan telefon bimbit antara barangan dari China yang banyak dijual di negara kita.

Jika dulu, kita hanya mendengan jenama-jenama besar seperti Panasonic, Samsung, LG dan Toshiba sebagai jenama utama barangan-barangan elektrik dan elektronik di pasaran. Namun pada hari ini, muncul pelbagai jenama-jenama yang cukup asing bagi kita seperti Konka, Tobishi, Weige, Nuodi dan sebagainya. Jenama-jenama ini mewakili pelbagai produk barangan terutamanya barangan elektrik.

Sejauh mana jenama-jenama baru ini boleh menawarkan produknya? Jawapannya ialah pada kualiti barangan. Semua sedia maklum barangan buatan negara China yang datang dengan jenama baru agak diragui kualitinya. Barangan ini seumpama barangan pakai buang di mana ia hanya oleh digunakan untuk tempoh seketika sahaja. Berbanding barangan yang dikeluarkan oleh jenama-jenama terkemuka, kualitinya diakui dan boleh digunakan dalam tempoh yang panjang.

Saya sendiri mempunyai pengalaman menggunakan barangan dari China dari jenama yang tidak terkenal yang pada umumnya memang mengecewakan. Pemain DVD hanya bertahan kurang dari dua tahun. Mungkin kerana harganya yang murah maka kualitinya pun murah. Sebuah telefon bimbit berjenama Malaysia tetapi dibuat di negara China tidak berfungsi dengan baik dan selalu ‘hang’ dan tidak stabil. Bateri cepat mengering walaupun hanya menggunakan aplikasi-aplikasi biasa seperti sms dan melayari wap.

Jenama dan Harga

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Harta Intelek, Jenama | Posted on 22-02-2010

0

kfc

Dalam entri yang lepas, saya telah menerangkan secara ringkas berkenaan cap dagangan serta fungsinya. Antara fungsi yang telah saya terangkan adalah fungsi kualiti dan fungsi ekonomi.

Cap dagangan adalah sebagian daripada jenama. Cap dagangan secara amnya merujuk kepada sesuatu tanda yang menjadi simbol sesuatu baraangan atau perkhidmatan manakala jenama pula mewakili keseluruhan representasi produk atau perkhidmatan dari segi kualiti, nilai, reka bentuk, konsep warna dan sebagainya.