Pelayar Web (Browser) Pilihan Anda

firefox_iegoogle-chrome-logo-711569

Pelayar web atau browser adalah aplikasi penting untuk melayari internet. Pelayar web menterjemahkan bahasa-bahasa pengaturcaraan web kepada antaramuka grafik yang dapat difahami pelayar internet. Ketika awal kemunculan internet, apa yang terpapar di pelayar web ketika itu hanyalah simbol-simbol dan huruf dan tiada sebarang grafik dipaparkan.

Sejarah pelayar web yang menyokong paparan grafik bermula pada tahun 1993 dengan kemunculan pelayar web Mosaic. Mosaic merupakan pelayar web pertama yang menyokong paparan grafik. Pelayar web Mosaic banyak mempengaruhi reka bentuk dan fungsi pelayar web yang wujud pada hari ini. Mosaic telah digunakan pada sistem operasi Windows dan Mac pada awal kemunculannya.

Continue reading Pelayar Web (Browser) Pilihan Anda