Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Harta Intelek, MyIPO | Posted on 02-04-2010
0

Sebagaimana setiap tahun, Perbadanan Harta Intelek Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengadakan Hari Harta Intelek Negara 2010. Hari Harta Intelek Negara diadakan bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan harta intelek.
Untuk tahun ini, Hari Harta Intelek Negara akan di adakan pada 26 – 27 April 2010 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Penyertaan adalah melalui jemputan sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web di bawah:
http://www.myipo.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=397
Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Harta Intelek, MyIPO | Posted on 11-02-2010
0
Salam,
Sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini atas sebab-sebab kekangan tugas dan waktu. Ditambah pula dengan keadaan sambungan internet yang tidak berapa baik di rumah, agak susah untuk saya akses ke laman ‘back end’ blog ini. Tapi alhamdulillah, selepas berpindah ke rumah baru, sambungan internet nampaknya semakin baik.
Untuk pos kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya menghadiri bengkel pengkomersilan paten di Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia. Penceramah adalah Dr. Faiz F. Sherman, pegawai penyelidikan dari Procter & Gamble Amerika Syarikat. Procter & Gamble terkenal dengan jenama-jenama seperti Gillette, Hugo Boss, Oral-B dan Pampers.
Di bawah adalah gambar-gambar sekitar bengkel:

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Harta Intelek, MyIPO | Posted on 10-02-2010
0

Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamel Mohamad. |
Dapat kerjasama badan royalti tempatan dan artis sendiri yang memahami Akta Hak Cipta 1987
BERHUBUNG dengan tuntutan Performers & Artistes Rights (M) Sdn Bhd (Prism) dan juga Majlis Muzik Malaysia (MMM) mengenai isu perkataan ‘live’ di dalam artikel 16A (1) Akta Hak Cipta 1987 berkait dengan hak persembahan pelaku mengelirukan, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sedang dalam peringkat mengkaji secara terperinci sebelum keputusan dibuat.
Ketua Pengarahnya, Kamel Mohamad berkata, bermula tahun ini tiga akta iaitu Paten, Rekabentuk termasuk Hak Cipta adalah sasaran utama pihaknya agar sistem perundangan negara menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing dengan sistem di negara luar.
“MyIPO turut menerima banyak aduan dan cadangan, baik daripada badan royalti mahupun secara terus dari artis yang memahami berkaitan Akta Hak Cipta 1987.