Pendaftaran Paten Di Malaysia

Di atas adalah contoh sijil pemfailan paten (certificate of filing) untuk paten yang telah dibuat permohonan ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Sijil ini adalah bukti bahawa sesuatu paten telah dibuat permohonan dan sedang menunggu kelulusan atau geran paten daripada pihak pendaftar.

Untuk mengetahui secara ringkas apakah itu paten, boleh ke pautan berikut:

Continue reading Pendaftaran Paten Di Malaysia

KENAPA APPLE MEMBUANG HEADPHONE JACK PADA IPHONE 7?

????????????????????????????????????????????????????????????

Apple memastikan setiap komponen produk keluarannya adalah dipatenkan di bawah syarikatnya. Setiap paten milik Apple, Apple akan mendapat keuntungan darinya walaupun komponen tersebut dibuat oleh pihak ketiga.

Headphone jack bukanlah teknologi milik Apple, jadi dengan membuangnya, Apple berpeluang membuat aksesori tambahan menggunakan ligtning port. Ini juga memaksa industri headphone mengeluarkan headphone atau earphone menggunakan lightning port. Dengan ini, Apple boleh menjana keuntungan hasil royalti penggunaan lightning port dari pengeluar headphone.

Semasa pelancaran Iphone 7, Apple mengatakan mereka membuang headphone jack kerana percaya masa depan teknologi headphone adalah dengan menggunakan teknologi wireless. Tetapi, jika Iphone percayakan teknologi wireless, kenapa tidak menggunakan teknologi wireless charging untuk mengecaj?

Continue reading KENAPA APPLE MEMBUANG HEADPHONE JACK PADA IPHONE 7?

Apple v. Samsung, Apa Rakyat Malaysia Perlu Tahu?

 

Keputusan pihak juri di Amerika Syarikat telah menyebabkan pihak Samsung terpaksa membayar ganti rugi kerana melanggar hak paten yang dimiliki oleh pihak Apple. Antara hak paten yang dilanggar ialah rekabentuk bucu dan beberapa fungsi di dalam perisian iOS yang dimiliki Apple.

Ada yang bertanya kepada saya, apakah keputusan di Amerika ini memberi kesan kepada pengguna di Malaysia. Ini kerana ada pembuat telefon di Malaysia bimbang di saman Apple kerana menggunakan rekabentuk bucu melengkung seperti mana paten yang dimiliki oleh Apple.

Jawapan saya ialah, Malaysia tidak menerima kesan di atas penghakiman ini kerana sebab-sebab berikut:

  1. Penghakiman di Amerika hanya terpakai di Amerika sahaja, jika Apple inginkan kesan yang sama di Malaysia, Apple perlu menyaman Samsung di Malaysia.
  2. Undang-undang harta intelek seperti paten dan cap dagangan adalah bersifat kewilayahan. Setiap perlindungan harta intelek hanya akan dilindungi di negara di mana pendaftaran diperolehi. Jika sesuatu paten atau ciptaan hanya didaftar di Amerika, tidak di Malaysia, maka perlindungan paten tersebut hanya didapati di Amerika sahaja.
  3. Undang-undang harta intelek di Amerika mempunyai perbezaan dengan undang-undang harta intelek di Malaysia. Di Amerika, mereka mempunyai paten rekabentuk atau design paten, manakala di Malaysia, kita memanggilnya sebagai rekabentuk industri atau industrial design. Keperluan atau syarat-syarat pendaftaran design paten dan industrial design agak berbeza.

Kes yang sama juga telah di bawa ke beberapa negara lain seperti Korea dan Jepun dan kedua-dua negara ini memberi keputusan yang berbeza dengan keputusan yang dibuat di Amerika Syarikat, di mana keputusan tidak menyebelahi Apple sepenuhnya. Ramai yang berpendapat Apple boleh ‘menang’ di Amerika kerana ia adalah negara kelahirannya dan Amerika menggunakan sistem juri di mana juri yang membuat keputusan, berbeza dengan negara lain di mana hakim yang mahir dengan undang-undang paten memberikan keputusan.

Kesimpulannya, ekosistem harta intelek adalah berdasarkan negara. Jadi kepada pencipta dan pengeluar produk yang mempunyai paten atau cap dagangan, mereka perlu merancang mengenai harta intelek mereka jika ingin meluaskan pasaran ke luar negara. Jangan sampai sebelum produk tiba ke negara tersebut, sudah ada lambakan produk yang sama telah dijual terlebih dahulu.

Pindaan Peraturan-peraturan Cap Dagangan & Paten 2011

Pindaan bagi Peraturan-peraturan Cap Dagangan dan Paten telah mula dikuatkuasakan mulai hari ini 15 Februari 2011. Apa yang saya sempat baca di laman MyIPO ialah kenaikan ketara bayaran-bayaran bagi cap dagangan dan paten. Saya akan mengulas berkenaan pindaan ini dalam masa terdekat.

Anda boleh membaca sendiri pindaan-pindaan yang dibuat menerusi pautan di bawah:

http://www.myipo.gov.my/images/ACTS/tm-amendment-regulations2011.pdf

http://www.myipo.gov.my/images/ACTS/ptregulations-amenmend-15022011.pdf

PETIKAN BERITA: Malaysia paling pantas lulus daftar harta intelek

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi negara terpantas di dunia meluluskan tempoh pendaftaran pemilikan harta intelek berbanding Australia, Jepun dan Korea, bermula 1 Februari ini.

Penambahbaikan itu merangkumi tempoh pendaftaran paten daripada 39 kepada 26 bulan untuk permohonan biasa tetapi boleh disingkatkan kepada 20 bulan jika pemohon mahu dipercepatkan. Pendaftaran cap dagangan pula disingkatkan daripada 18 kepada 12 bulan untuk permohonan biasa dan jika pemohon mahu dipercepatkan tempoh itu hanya sekadar enam bulan, tiga minggu saja. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan memendekkan tempoh pendaftaran itu, Malaysia menjadi negara paling pantas meluluskan pemilikan harta intelek buat masa sekarang. “Bagi Australia, Jepun dan Korea tempoh kelulusan permohonan paten ialah 36 bulan, manakala bagi cap dagangan pula tujuh bulan. Sehubungan itu, Malaysia menjadi negara paling cepat. “Singapura mungkin lebih cepat, tetapi ia berbeza kerana mereka memberi kelulusan secara bersyarat, kaedah ini risikonya ialah jika terdapat sebarang bantahan pihak tertentu yang mendakwa sesuatu produk itu milik mereka dengan mengemukakan bukti, kelulusan itu boleh ditarik balik tanpa membawanya ke mahkamah,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), di sini, semalam. Bagaimanapun, katanya, beliau belum berpuas hati dengan tahap kesedaran pencipta terutama pengeluar produk dari sektor industri kecil dan sederhana (IKS) yang masih belum menitikberatkan soal pemilikan harta intelek sehingga mendedahkan mereka kepada masalah ciplak. “Antara puncanya mereka tidak tahu dan ada juga yang memikirkan bahawa jika sekadar mendaftar jenama saja sudah mencukupi, sedangkan mereka perlu memohon bagi mendapatkan pemilikan harta intelek itu.
“Sehubungan itu, kami akan memperhebatkan kempen kesedaran selain membuka cawangan MyIPO di beberapa lokasi lain bagi memudahkan pengeluar produk melindungi hak cipta mereka,” katanya.

Ismail Sabri berkata, kementerian juga bercadang meminda Akta Hak Cipta bagi melindungi mereka yang terbabit dalam industri hiburan.
“Selain mendapatkan hak cipta umpamanya animasi, lagu, drama atau filem, kita juga perlu mendaftarkannya sebagai bukti jika ada pihak yang mendakwa sesuatu hasil seni itu milik mereka,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Harta Intelek – Pengenalan Kepada Paten

Patent

Untuk topik berkaitan harta intelek kali ini, saya ingin menerangkan secara umum apakah itu paten. Mungkin ramai yang pernah mendengar tentang istilah paten tetapi tidak mengetahui secara terperinci tentangnya.

Paten merupakan salah satu cabang yang terdapat di dalam kelompok harta intelek. Undang-undang paten di Malaysia ditadbir menerusi Akta Paten 1983 dan dari segi urusan pendaftaran dan pentadbiran dilaksanakan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Paten merupakan hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu ciptaan sama ada dalam bentuk produk, proses untuk menghasilkan sesuatu dengan cara terbaru atau sesuatu ciptaan tersebut menawarkan penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah. Hak perlindungan paten akan diberikan selama 20 tahun dari tarikh pendaftaran.

Continue reading Harta Intelek – Pengenalan Kepada Paten