Pelayan Web (Hosting) Percuma

174427-geocities_logo_original

logo.tripod-toolbar

Hari ini, sedang saya melayari internet, saya teringat bahawa saya telahpun mempunyai laman web saya sendiri seawal tahun 2001.  Laman web yang saya maksudkan ialah Fikrah Interaktif. Ketika itu saya masih lagi  menuntut di universiti dan saya membangunkan laman web tersebut ketika cuti semester.

Saya sangkakan laman web tersebut telah luput kerana saya sendiri telah lama tidak log masuk ke akaun laman web tersebut dan malah sudah lama tidak menjengahnya. Tetapi semasa saya membuat carian di Google, saya dapati laman tersebut masih wujud. Untuk makluman, laman web Fikrah Interaktif ini saya muatkan pelbagai koleksi artikel agama, teknologi dan kaunseling.

Apa yang saya ingin saya kongsi kali ini adalah berkenaan pelayan web. Ketika saya membangunkan laman web Fikrah Interaktif, saya menggunakan pelayan web yang dihoskan Tripod.

Continue reading Pelayan Web (Hosting) Percuma