Jenama vs Design

Saya biasa ditanya, terutama oleh pengusaha tudung dan pakaian. Perlu daftar jenama dahulu atau design pakaian dahulu. Kebanyakan mereka bila saya tanya balik soalan yang sama akan menjawab, design lebih utama sebab design mereka adalah design yang masih tidak ada di pasaran.

Ini respon saya.

Design pakaian tidak akan bertahan lama di pasaran. Design yang ‘meletop’ pada raya haji tahun ni tidak semestinya akan sama ‘meletop’ pada raya haji tahun depan. Malah design amat mudah diciplak dan apabila design diciplak berlainan sedikit, agak sukar sebenarnya untuk mengambil tindakan undang-undang.

Jadi, mulakan perniagaan dengan membina jenama. Daftarkannya sebagai trademark dan ciptakan nilai yang boleh ditawarkan oleh jenama tersebut. Tawarkan yang terbaik dan pengalaman membeli yang eksklusif kepada pelanggan. Jenama yang mendapat perhatian ramai, boleh ‘disewakan’ kepada yang berminat untuk pembukaan cawangan baru menerusi kaedah licensing. Ini akan memberi pendapatan pasif kepada tuan punya jenama hasil duit royalti.

Ambil contoh satu jenama tudung berjenama F. Walaupun design tudungnya bersepah dijual di pasar malam, pelanggan setianya masih sanggup beratur untuk membeli dari jenama yang asal. Itulah kekuatan jenama.

Pendaftaran trademark sah untuk tempoh 10 tahun dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun. Pendaftaran design pula terhad, maksima 15 tahun sahaja.

Pengalaman saya, puluhan jenama tudung dan pakaian telah saya berjaya daftarkan sebagai trademark. Dari asalnya operasi di dalam rumah, sampailah sekarang, ada yang jualan mencecah jutaan setahun. Mereka mulakan dengan membina jenama dan daftarkan sebagai trademark. Dan,tidak ada satupun design mereka yang telah didaftarkan.

Telekung Boleh Didaftarkan Di Bawah Harta Intelek?

Telekung Siti Khadijah

Semasa saya melayari internet hari ini, saya telah terjumpa satu laman web yang menjual produk telekung jenama Siti Khadijah.  Apa yang menarik perhatian saya ialah telekung ini telah berjaya didaftarkan di bawah reka bentuk perindustrian, salah satu cabang harta intelek.

Walau bagaimanapun, saya tidak pasti secara terperinci aspek pendaftaran telekung ini sama ada aspek perlindungan yang dituntut  meliputi bentuk atau corak telekung tersebut.

Continue reading Telekung Boleh Didaftarkan Di Bawah Harta Intelek?

Harta Intelek – Reka Bentuk Perindustrian (Industrial Design)

Industrial_Design

Untuk topik berkaitan harta intelek kali ini, saya akan menerangkan secara ringkas pengenalan kepada reka bentuk perindustrian. Reka bentuk perindustrian merupakan salah satu cabang harta intelek yang menumpukan kepada perlindungan reka bentuk barangan. Undang-undang berkenaan reka bentuk perindustrian di Malaysia berada di bawah Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996.

Secara amnya, reka bentuk perindustrian bermaksud sebarang bentuk,  tatarajah, corak atau ukiran yang diterapkan kepada suatu objek  melalui sebarang proses industri. Objek tersebut mestilah dalam bentuk yang sudah siap dan mampu menarik perhatian mata pengguna.

Continue reading Harta Intelek – Reka Bentuk Perindustrian (Industrial Design)