Takaful dan Harta Intelek

Takaful dan harta intelek mungkin merupakan dua bidang yang berbeza namun ia mempunyai konsep yang sama iaitu perlindungan sebelum berlakunya sesuatu musibah atau masalah. Saya telah menceburi bidang harta intelek sejak tiga tahun lepas manakala di dalam bidang takaful pula pada awal tahun ini. Kedua-dua bidang ini banyak melibatkan interaksi bersama manusia dan juga  perniagaan.

Sebagaimana yang kita maklum, takaful merupakan bentuk perlindungan yang perlu dimiliki setiap manusia bagi menjamin perlindungan pendapatan dan juga kesihatan agar terpelihara. Perlindungan di sini adalah perlindungan dari risiko musibah seperti kematian, hilang upaya kekal dan juga sakit. Perlindungan ini perlu diambil sebelum berlakunya tiga perkara ini dan jika perlindungan ini tidak diambil, masalah yang lebih besar akan berlaku. Continue reading Takaful dan Harta Intelek