Gerak Gempur Cetak Rompak

By | May 10, 2010

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengisytiharkan penguatkuasaan penuh terhadap segala bentuk cetak rompak mulai 10 Mei 2010 yang akan dikenali sebagai Gerak Gempur Cetak Rompak (GGCR).

Gerak Gempur Cetak rompak akan disertai oleh agensi kerajaan seperti polis, kementerian berkaitan, MyIPO dan juga syarikat-syarikat swasta. Objektif Gerak Gempur Cetak Rompak ini akan mengandungi perkara berikut:

  • Mengurangkan segala bentuk cetak rompak di pusat membeli belah dan tempat-tempat tumpuan ramai.
  • Menutup laman web yang mengandungi dan mempromosi bahan cetak rompak dan menghentikan muat turun yang tidak sah.
  • Mengurangkan penggunaan bahan cetak rompak di sektor korporat.
  • Melumpukan sindiket cetak rompak.
  • Mengenakan hukuman berat terhadap pesalah cetak rompak.

Gerak Gempur Cetak Rompak ini berkemungkinan berkaitan dengan pindaan Akta Hak Cipta yang akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi. Menurut sumber dari pihak KPDNKK, antara pindaan yang dicadangkan ialah mengenakan hukuman terhadap pihak yang memiliki bahan cetak rompak berbanding hari ini, tindakan hanya dikenakan terhadap penjual bahan cetak rompak.

Kelihatan kali ini kerajaan benar-benar serius untuk membanteras kegiatan cetak rompak di negara kita. Jadi mulai hari ini, kita perlu berhati-hati agar tidak terlibat dalam gerak gempur ini. Bagi syarikat-syarikat, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk menggunakan perisian sumber terbuka bagi mengelakkan tindakan diambil kerana menggunakan perisian cetak rompak.

Rujuk notis berikut untuk maklumat lanjut.

10 thoughts on “Gerak Gempur Cetak Rompak

  1. Azizi Zulkefli

    Betul. Walaupun kelihatan isu cetak rompak ni remeh, tapi ia ada kesan besar terhadap ekonomi.

    Reply
  2. mancai

    masaalahnya adalah berapa kerat yang mampu… dan berapa kerat yang buat2 tak mampu… huhuhu.. susah nak dibendung cuma tingkatkan kesedaran… bagi perisian2 sumber terbuka memang perlu diperbanyakkan iklan2nya…

    Reply
  3. Azizi Zulkefli

    Betul, tak ramai yg mampu sbnrnya sbb cetak rompak dah jadi sebahagian dari rakyat Malaysia. Yg paling penting kesedaran, baru akan ada tanggungjawab untuk elakkan barangan cetak rompak.

    Reply
  4. Steve

    Betul. Walaupun kelihatan isu cetak rompak ni remeh, tapi ia ada kesan besar terhadap ekonomi.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *