Harta Intelek – Pengenalan Kepada Paten

By | April 21, 2010

Patent

Untuk topik berkaitan harta intelek kali ini, saya ingin menerangkan secara umum apakah itu paten. Mungkin ramai yang pernah mendengar tentang istilah paten tetapi tidak mengetahui secara terperinci tentangnya.

Paten merupakan salah satu cabang yang terdapat di dalam kelompok harta intelek. Undang-undang paten di Malaysia ditadbir menerusi Akta Paten 1983 dan dari segi urusan pendaftaran dan pentadbiran dilaksanakan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Paten merupakan hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu ciptaan sama ada dalam bentuk produk, proses untuk menghasilkan sesuatu dengan cara terbaru atau sesuatu ciptaan tersebut menawarkan penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah. Hak perlindungan paten akan diberikan selama 20 tahun dari tarikh pendaftaran.

Penerangan maksud paten di atas mungkin kelihatan agak mengelirukan, tetapi saya akan cuba menerangkan dengan bahasa yang mudah. Hak eksklusif paten boleh diberikan kepada tiga jenis ciptaan. Yang pertama ciptaan berbentuk produk yang baru. Yang kedua ciptaaan berbentuk satu proses membuat sesuatu dengan cara yang baru atau tidak pernah digunakan sebelum ini. Yang ketiga, ciptaan yang menawarkan satu penyelesaian kepada sesuatu masalah teknikal; atau dengan makna lain ciptaan tersebut dapat menyelesaikan masalah atau memperbaiki atau membangunkan sesuatu ciptaan yang telah sedia ada.

Untuk sesuatu ciptaan layak didaftarkan sebagai paten, ia mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Ciptaan tersebut mestilah baru dan tidak dizahirkan kepada awam di mana-mana di dunia ini;
  • Ciptaan tersebut mempunyai langkah merekacipta yang mana ciptaan tersebut tidak ketara kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang teknologi ciptaan tersebut; dan
  • Ciptaan tersebut dapat digunakan di dalam industri.

Pendaftaran ciptaan di bawah kerangka paten amat penting bagi memastikan sesuatu ciptaan tidak ditiru dan menghalang orang lain dari menggunakan atau menjual produk tersebut di Malaysia. Pendafaran sesuatu paten boleh dilakukan di Pejabat Pendaftar Paten, Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Harus diingat, pendaftaran paten di Malaysia hanya melayakkan perlindungan di Malaysia sahaja. Jika anda ingin meluaskan perlindungan ke negara lain. maka anda harus melakukan pendaftaran di setiap negara yang diingini.

Setakat ini sahaja untuk pengenalan. Akan datang, saya akan menerangkan lebih lagi berkenaan paten.

9 thoughts on “Harta Intelek – Pengenalan Kepada Paten

  1. salju

    bagi pendapat gua benda ni bagus..
    supaya perkara yang tidak sepatutnya dapat dielakkan seperti menciplak dan menyalahgunakan pulak.pastu nama pencipta pulak yang dapat habuan yang tak elok..

    Reply
  2. Azizi Zulkefli

    Paten yg saudara maksudkan tu adalah pembaharuan utiliti atau ‘utility innovation’ (UI). UI memang mendapat perlindungan di Malaysia. Insyaallah akan saya terangkan dlm entri yg akan dtg.

    Reply
  3. ct raha

    hai boleh tak terangkan cara-cara untuk patenkan barang secara terperinci.tq

    Reply
    1. Azizi Zulkefli

      Insyaallah sy akan terangkan dalam artikel sy yg akan dtg.

      Reply
  4. Zulkifli Bakar

    Assalam. Saya nk tau berapakah bayaran yang dikenakan oleh pihak perunding untuk sesuatu paten dan berapa lamakah masa yg diambil untuk meluluskan sesuatu paten.
    Terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *