Jenama vs Design

By | September 26, 2016

Saya biasa ditanya, terutama oleh pengusaha tudung dan pakaian. Perlu daftar jenama dahulu atau design pakaian dahulu. Kebanyakan mereka bila saya tanya balik soalan yang sama akan menjawab, design lebih utama sebab design mereka adalah design yang masih tidak ada di pasaran.

Ini respon saya.

Design pakaian tidak akan bertahan lama di pasaran. Design yang ‘meletop’ pada raya haji tahun ni tidak semestinya akan sama ‘meletop’ pada raya haji tahun depan. Malah design amat mudah diciplak dan apabila design diciplak berlainan sedikit, agak sukar sebenarnya untuk mengambil tindakan undang-undang.

Jadi, mulakan perniagaan dengan membina jenama. Daftarkannya sebagai trademark dan ciptakan nilai yang boleh ditawarkan oleh jenama tersebut. Tawarkan yang terbaik dan pengalaman membeli yang eksklusif kepada pelanggan. Jenama yang mendapat perhatian ramai, boleh ‘disewakan’ kepada yang berminat untuk pembukaan cawangan baru menerusi kaedah licensing. Ini akan memberi pendapatan pasif kepada tuan punya jenama hasil duit royalti.

Ambil contoh satu jenama tudung berjenama F. Walaupun design tudungnya bersepah dijual di pasar malam, pelanggan setianya masih sanggup beratur untuk membeli dari jenama yang asal. Itulah kekuatan jenama.

Pendaftaran trademark sah untuk tempoh 10 tahun dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun. Pendaftaran design pula terhad, maksima 15 tahun sahaja.

Pengalaman saya, puluhan jenama tudung dan pakaian telah saya berjaya daftarkan sebagai trademark. Dari asalnya operasi di dalam rumah, sampailah sekarang, ada yang jualan mencecah jutaan setahun. Mereka mulakan dengan membina jenama dan daftarkan sebagai trademark. Dan,tidak ada satupun design mereka yang telah didaftarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *