Kekeliruan Tentang Harta Intelek

Saya seringkali berhadapan dengan situasi di mana ada klien-klien saya yang masih keliru dengan istilah harta intelek atau intellectual property (IP). Ramai menganggap IP itu adalah paten, cap dagangan itu adalah paten dan sebagainya.

Malah media massa sendiri ada tersilap tentang penggunaan istilah harta intelek ini. Saya pernah menonton satu slot berita di RTM yang mana pembaca berita tersebut membacakan frasa ‘untuk mempatenkan jenama’.

Dari segi makna adalah salah untuk ‘mempatenkan’ jenama kerana jenama dan paten adalah dua perkara yang berbeza. Paten merujuk kepada inovasi ciptaan manakala jenama merujuk kepada cap dagangan.

Saya juga pernah berhadapan dengan klien yang mengatakan kepada saya, “I want to patent my trade mark“. ┬áLagi sekali salah penggunaan istilah di situ.

Saya tidaklah hendak menyalahkan mereka tetapi sesuatu harus dilakukan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap ilmu harta intelek ini. MyIPO terutamanya sebagai agensi yang bertanggunggjawab dalam mengawal selia perkara berkaitan harta intelek di Malaysia harus memperbanyakkan kempen kesedaran ini terutama menerusi media massa.

Amat menyedihkan masih ramai masyarakat peniaga yang tidak tahu akan kewujudan MyIPO sendiri! Jadi,  sesuatu harus dilakukan.

3 thoughts on “Kekeliruan Tentang Harta Intelek”

    1. Ada dua cara nak daftar paten, sama ada faikan sendiri ke MyIPO atau melalui ejen paten atau lawyer. Biasanya nak daftar paten ni susah sikit pasal bnyk sgt prosedurnya. So biasanya lawyer yg akan buat sbb diorg dah professional.

      1. salam.
        1. saya nak tau perbezaan antara paten dan pmbaharuan utiliti.

        2. berapa kos keseluruhan bagi paten dan berapa kos keseluruhan bagi pembaharuan utiliti.

        3. kenapa masa pembaharuan utiliti terlalu lama iaitu 26 bulan baru dapat sijil. kalau nak mula bisnes ini dah memakan masa.

        4. berapa kos kalau guna khidmat agen paten. saudara sendiri kos berapa ye?

        sekian terima kasih.

        farizan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *