KENAPA APPLE MEMBUANG HEADPHONE JACK PADA IPHONE 7?

By | October 29, 2016

????????????????????????????????????????????????????????????

Apple memastikan setiap komponen produk keluarannya adalah dipatenkan di bawah syarikatnya. Setiap paten milik Apple, Apple akan mendapat keuntungan darinya walaupun komponen tersebut dibuat oleh pihak ketiga.

Headphone jack bukanlah teknologi milik Apple, jadi dengan membuangnya, Apple berpeluang membuat aksesori tambahan menggunakan ligtning port. Ini juga memaksa industri headphone mengeluarkan headphone atau earphone menggunakan lightning port. Dengan ini, Apple boleh menjana keuntungan hasil royalti penggunaan lightning port dari pengeluar headphone.

Semasa pelancaran Iphone 7, Apple mengatakan mereka membuang headphone jack kerana percaya masa depan teknologi headphone adalah dengan menggunakan teknologi wireless. Tetapi, jika Iphone percayakan teknologi wireless, kenapa tidak menggunakan teknologi wireless charging untuk mengecaj?

Jawapannya, teknologi wireless charging ketika ini bukanlah milik Apple, Apple tidak boleh buat duit dengan teknologi wireless charging ketika ini. Jadi Apple tidak sertakan teknologi ini pada semua modelnya walaupun teknologi ini sudah digunakan meluas oleh telefon Android yang lain.

Untuk buat duit dengan teknologi wireless charging, Apple sedang membangunkan teknologi wireless charging sendiri yang akan dipatenkan. Dengan memiliki paten sendiri untuk teknologi ini, Apple boleh buat duit dengan menjual sendiri aksesori berkaitan atau melesenkan paten tersebut kepada pihak ketiga dan memperoleh royalti.

Ini adalah permainan syarikat jerung dalam harta intelek. Memaksimakan sepenuhnya paten yang dimiliki untuk buat duit dengan memaksa industri mengikut trend yang dicipta. Ini belum lagi dikira keuntungan dari penggunaan trademark.

Jadi, sesiapa yang memiliki harta intelek, dia akan berkuasa. Maka tidak hairan syarikat Apple akan semakin kaya dan kaya. Ditambah pula dengan harga produk-produknya yang tidak masuk akal.

Sekadar pandangan saya,
BEKAS PENGGUNA IPHONE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *