Kos Permohonan Cap Dagangan
Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Cap Dagangan | Posted on 10-05-2012
0
Setiap hari, saya menerima banyak pertanyaan tentang kos untuk memohon pendaftaran cap dagangan. Untuk memudahkan semua, di bawah adalah kos keseluruhan bagi permohonan cap dagangan di Malaysia. Jika anda ingin memohon pendaftaran cap dagangan di luar negara, bayarannya adalah berbeza mengikut negara.
| Fi Konsultasi | RM700.00 |
|---|---|
| 6% Cukai Perkhidmatan Kerajaan | RM42.00 |
| Carian | RM200.00 |
| Fotostat, telefon dan lain-lain | RM143 |
| Bayaran Permohonan dan perlantikan ejen | RM415.00 |
| JUMLAH | RM1500 |
Penerangan:
- Fi Konsultasi – Ini adalah bayaran upah saya sebagai ejen yang menguruskan proses permohonan cap dagangan anda. Saya sebagai ejen akan memberi nasihat sama ada cap dagangan anda boleh didaftar atau tidak, melengkapkan borang permohonan anda, menghantar permohonan anda ke pejabat pendaftar, memantau status permohonan, memaklumkan sebarang surat maklum balas yang diterima dari pihak pendaftar dan segala khidmat rundingan berkaitan cap dagangan anda.
- 6% Cukai Perkhidmatan Kerajaan – Cukai perkhidmatan yang perlu dibayar kepada pihak kerajaan.
- Carian – Sebelum permohonan dihantar, carian akan dilakukan bagi memastikan cap dagangan yang ingin didaftar tidak pernah didaftar oleh mana-mana pihak. Satu laporan carian akan disedikan selepas carian dibuat.
- Lain-lain – Ini adalah kos pentadbiran dan pengurusan permohonan cap dagangan anda.
- Bayaran Permohonan dan Perlantikan Ejen – Ini adalah bayaran permohonan dan perlantikan saya sebagai ejen yang akan dibayar kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
Bayaran di atas adalah kos untuk permohonan sahaja. Apabila cap dagangan anda diluluskan nanti, bayaran terakhir yang perlu dibayar ialah RM1021.00, untuk bayaran gazet dan sijil. Setiap permohonan yang diluluskan akan sah selama 10 tahun dan perlu dibuat pembaharuan setiap 10 tahun.
Pemohon boleh terdiri dari individu, perniagaan tunggal atau perkongsian (enterprise), syarikat sendirian berhad, agensi kerajaan, persatuan dan kelab atau institusi pengajian sama ada sekolah atau universiti/kolej.
Jika berminat untuk mendaftar, sila hantar emel ke ahmadazizi.zulkefli@gmail.com atau azizi.zulkefli@asiconextech.com.my. Atau terus hubungi saya di talian 019-3781629 (Azizi) atau 03-20211945 (Pejabat).





