OpenOffice.org, Alternatif Kepada Microsoft Office

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Perisian | Posted on 16-04-2010

7

Open Office

Untuk entri kali ini, saya ingin memperkenalkan satu lagi perisian sumber terbuka yang dikenali sebagai OpenOffice.org. OpenOffice dibangunkan oleh Sun Microsystem dan dan mendapat tajaan Oracle Corporation.

OpenOffice sebagaimana sistem operasi Linux, diedarkan secara percuma! Anda boleh memuat turun perisian ini dan menyalinkannya ke CD atau DVD. Perisian ini tidak tertakluk kepada kekangan undang-undang hak cipta dari segi penggunaan kerana ia dilesenkan sebagai lesen awam di mana sesiapa sahaja boleh menyalin atau mengedarkan salinan perisian ini tanpa had.

Jika kita menggunakan perisian Microsoft Office, kita terikat dengan sekatan perlesenan perisian tersebut. Sebagai contoh, jika membeli perisian Microsoft Office dengan lesen pengguna rumah atau persendirian, kita hanya boleh menggunakan perisian tersebut untuk kegunaan di rumah atau persendirian sahaja. Jika kita gunakan perisian tersebut untuk tujuan komersil seperti perniagaan, maka kita telah menyalahi terma dan syarat penggunaan perisian tersebut dan boleh didakwa jika ditangkap.

OpenOffice merupakan pakej perisian pejabat yang mengandungi beberapa perisian untuk kegunaan tugas-tugas harian. OpenOffice yang lengkap akan didatangkan dengan perisian berikut:

  • Writer – perisian menyerupai Microsoft Word yang digunakan untuk penyediaan dokumen harian. Ia boleh membuka semua format dokumen Microsoft Word termasuklah versi Microsoft Word 2007.
  • Calc -Perisian menyerupai Microsoft Excel untuk kerja-kerja berbentuk kiraan data. Malah dikatakan Calc adalah lebih baik dan maju dari segi fungsi berbanding Microsoft Excel.
  • Impress – Perisian menyerupai Microsoft Powerpoint untuk menyediakan persembahan.
  • Draw – Perisian menyerupai Microsoft Visio / Publisher untuk menyediakan dokumen grafik dan lukisan
  • Math – Perisian yang menyamai Microsoft Equation Editor untuk mencipta dan mengubahsuai formula matematik.

Writer

Calc

Impress

Draw

Jika kita lihat gambar-gambar di atas, antaramuka dan fungsi OpenOffice tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan Microsoft Office. Malah ada antara fungsinya lebih mudah digunakan berbanding Mocrosoft Office.

Ketika ini, banyak syarikat-syarikat korporat dan jabatan-jabatan kerajaan telah mula menggunakan OpenOffice sebagai perisian pejabat utama mereka. Faktor utama menyebabkan penggunaan OpenOffice adalah kos. OpenOffice adalah percuma dan fungsinya setanding dengan Microsoft Office. Bagi pengguna sistem operasi Linux pula, OpenOffice telah didatangkan secara pakej bersama dengan sistem operasi tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web OpenOffice.org.

Untuk memuat turun OpenOffice.org, sila ke laman web di bawah:

http://download.openoffice.org/index.html


Komen (7)

huhuhu lengkap dan mudah difahami… aku guna kat ubuntu je open office ni tapi dulu punya company malas beli lesen punya pasal guna open office ni… ish bila laa nak try linux mint 8 helena ni…. download dah sudah

Kalo company duit bnyk bolehla pakai microsoft office. tapi kalau nk jimat, openoffice la jwpnnya. Linux mint tu lebih krg ubuntu je. cuma beza theme dgn GUI. Feel dia ala2 windows sket.

ilmu baru hari ni…pernah dengar benda ni tapi tak pernah tahu lebih lanjut…. :D

erm pernah guna jugak… compatible ngan office..nie ..tapi kdang2 tak… bergantung jugakla…

Rasanya versi yg terbaru mmg compatible. Boleh bkk lg fail doc 2007 yang tak boleh nak dibuka pakao Word 2003.

Memang bagus kalau guna Open Office dalam Linux. Laju je bila bukak hehe.

Sekarang pun dah banyak cybercafe implement install OpenOfffice.Org (OOO)
.-= RozaniGhani┬┤s last blog ..BugMeNot Kaedah Bypass Password =-.

Tulis komen anda