Rayuan Cap Dagangan

Selain dari menguruskan pendaftaran, tugas sebagai ejen trademark juga termasuk membuat rayuan untuk trademark yang menerima bantahan dari MyIPO.

Jika permohonan yang saya uruskan dari peringkat awal biasanya jarang mendapat bantahan kerana semakan telah dibuat terlebih dahulu. Tetapi, untuk yang membuat permohonan sendiri, banyak permohonan yang mendapat bantahan dan datang kepada saya untuk bantuan membuat rayuan.

Dan ada di antara bantahan yang diterima hampir tidak mempunyai peluang langsung untuk berjaya di dalam rayuan.

Antara sebab bantahan adalah tidak mengikut syarat pendaftaran yang ditetapkan Akta dan juga mempunyai persamaan dengan trademark yang sudah sedia ada.

Rayuan mesti difailkan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh surat bantahan. Jika tidak membuat rayuan, permohonan akan dibatalkan dan jika lewat membuat rayuan, penalti lewat akan dikenakan.

Hubungi saya 019-3781629 jika anda memerlukan bantuan untuk membuat rayuan cap dagangan.

Sijil Pendaftaran Cap Dagangan

Ini adalah di antara sijil-sijil cap dagangan milik pelanggan saya yang telah dihantar ke pejabat saya oleh pihak Perbadanan Harta Intelek. Dengan keluarnya sijil ini, maka secara rasminya cap dagangan milik pemilik-pemilik sijil ini telah pun berdaftar dan mendapat perlindungan undang-undang cap dagangan di Malaysia.

Untuk mendapat sijil ini mudah saja, anda hanya perlu mendapatkan khidmat saya untuk menguruskan pendaftaran cap dagangan anda kerana dengan pengalaman yang saya ada lebih dari sepuluh tahun, saya boleh membantu anda untuk menguruskan proses pendaftaran sehinggalah sijil dikeluarkan.

Untuk mendaftar, boleh hubungi saya 019-3781629 atau emel azizi.zulkefli@bluerich.com.my

BANTAHAN CAP DAGANGAN (TRADE MARK OBJECTION)

Setiap permohonan cap dagangan yang dibuat kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia tidak mempunyai sebarang jaminan ia boleh diluluskan. Ia tertakluk kepada sama ada sesuatu cap dagangan tersebut memenuhi kriteria pendaftaran yang ditetap oleh Akta Cap Dagangan 1976 dan juga tidak mempunyai persamaan dengan cap-cap dagangan yang telag sedia dipohon atau didaftarkan.

Jika sesuatu permohonan tidak menepati kriteria pendaftaran atau mempunyai persamaan dengan permohonan cap dagangan sedia ada, maka pihak pendaftar akan mengeluarkan satu surat yang dikenali sebagai surat bantahan atau dikenali dengan kod CD70. Surat ini perlu dijawab dengan mengemukakan rayuan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh surat dikeluarkan.

Continue reading

KENAPA APPLE MEMBUANG HEADPHONE JACK PADA IPHONE 7?

????????????????????????????????????????????????????????????

Apple memastikan setiap komponen produk keluarannya adalah dipatenkan di bawah syarikatnya. Setiap paten milik Apple, Apple akan mendapat keuntungan darinya walaupun komponen tersebut dibuat oleh pihak ketiga.

Headphone jack bukanlah teknologi milik Apple, jadi dengan membuangnya, Apple berpeluang membuat aksesori tambahan menggunakan ligtning port. Ini juga memaksa industri headphone mengeluarkan headphone atau earphone menggunakan lightning port. Dengan ini, Apple boleh menjana keuntungan hasil royalti penggunaan lightning port dari pengeluar headphone.

Semasa pelancaran Iphone 7, Apple mengatakan mereka membuang headphone jack kerana percaya masa depan teknologi headphone adalah dengan menggunakan teknologi wireless. Tetapi, jika Iphone percayakan teknologi wireless, kenapa tidak menggunakan teknologi wireless charging untuk mengecaj?

Continue reading

Jenama vs Design

Saya biasa ditanya, terutama oleh pengusaha tudung dan pakaian. Perlu daftar jenama dahulu atau design pakaian dahulu. Kebanyakan mereka bila saya tanya balik soalan yang sama akan menjawab, design lebih utama sebab design mereka adalah design yang masih tidak ada di pasaran.

Ini respon saya.

Design pakaian tidak akan bertahan lama di pasaran. Design yang ‘meletop’ pada raya haji tahun ni tidak semestinya akan sama ‘meletop’ pada raya haji tahun depan. Malah design amat mudah diciplak dan apabila design diciplak berlainan sedikit, agak sukar sebenarnya untuk mengambil tindakan undang-undang.

Jadi, mulakan perniagaan dengan membina jenama. Daftarkannya sebagai trademark dan ciptakan nilai yang boleh ditawarkan oleh jenama tersebut. Tawarkan yang terbaik dan pengalaman membeli yang eksklusif kepada pelanggan. Jenama yang mendapat perhatian ramai, boleh ‘disewakan’ kepada yang berminat untuk pembukaan cawangan baru menerusi kaedah licensing. Ini akan memberi pendapatan pasif kepada tuan punya jenama hasil duit royalti.

Ambil contoh satu jenama tudung berjenama F. Walaupun design tudungnya bersepah dijual di pasar malam, pelanggan setianya masih sanggup beratur untuk membeli dari jenama yang asal. Itulah kekuatan jenama.

Pendaftaran trademark sah untuk tempoh 10 tahun dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun. Pendaftaran design pula terhad, maksima 15 tahun sahaja.

Pengalaman saya, puluhan jenama tudung dan pakaian telah saya berjaya daftarkan sebagai trademark. Dari asalnya operasi di dalam rumah, sampailah sekarang, ada yang jualan mencecah jutaan setahun. Mereka mulakan dengan membina jenama dan daftarkan sebagai trademark. Dan,tidak ada satupun design mereka yang telah didaftarkan.

Pendaftaran Cap Dagangan di Malaysia dan Luar Negara

Dalam bidang harta intelek, sesuatu logo atau tanda boleh dilindungi dengan mendaftarkannya sebagai cap dagangan atau trademark. Ini membolehkan tuan punya cap dagangan mendapat hak eksklusif terhadap sesuatau logo.

Walaubagaimanapun, pendaftaran sesuatu cap dagangan hanya terpakai atau berkuatkuasa di negara di mana ianya didaftarkan. Sebagai contoh kalau logo A didaftarkan di India, ia hanya mendapat perlindungan di India sahaja. Jika logo A ingin mendapatkan hak eksklusif di Malaysia, logo A perlu didaftar secara berasingan di Malaysia. Undang- undang cap dagangan adalah bersifat kewilayahan. Tiada istilah pendaftaran seluruh dunia atau “worldwide registration” untuk pendaftaran cap dagangan.

Jika seseorang menciplak sesuatu cap dagangan berdaftar dari luar Malaysia, dan menggunakannya di Malaysia, secara undang-undangnya ia tidak menjadi kesalahan, malah ia boleh didaftarkan di Malaysia di bawah nama penciplak tersebut. Sama ada tuan punya logo dari luar negara tersebut boleh mencabar atau tidak pendaftaran tersebut, ia soal teknikal dan memerlukan asas yang kukuh untuk berbuat demikian.

Selain isu undang-undang, menciplak logo juga melibatkan isu kreativiti dan moraliti. Logo dicipta bagi mewakili sesuatu produk, perkhidmatan atau pertubuhan. Reputasi sesuatu produk dilambangkan menerusi logonya. Jika logo yang digunakan adalah hasil ciplak, maka produk yang diwakili juga akan terkesan. Kreativiti pemillik dan pencipta logo akan dipersoalkan dan ia kelihatan kurang bermoral menggunakan logo yang mirip kepada logo lain sebagai logo kepunyaan sendiri.

SEMINAR PENJENAMAAN DAN PENDAFTARAN CAP DAGANGAN

presentation3

Pada 23 Ogos 2016, pihak syarikat saya, Blue Rich Group Sdn Bhd dengan kerjasama Sarawak Economic Development Corporation (SEDC), sebuah agensi kerajaan negeri Sarawak telah mengadakan seminar Penjenamaan dan Pendaftaran Cap Dagangan yang telah di adakan di bilik seminar Menara SEDC.

Seminar ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan di bawah SEDC tentang asas penjenamaan dan kepentingan pendaftaran jenama sebagai cap dagangan. Seminar ini telah dihadiri sekitar 40 orang peserta.

Pihak kami menerima maklum balas yang positif hasil dari penganjuran seminar ini daripada peserta kerana kebanyakkan peserta masih kurang faham tentang kepentingan dan ciri-ciri jenama yang boleh didaftarkan sebagai cap dagangan.

Berikut adalah gambar-gambar semasa seminar dijalankan:

Continue reading

Bilik Seminar (Subang Bestari, Shah Alam) Untuk Disewa

Syarikat saya, Blue Rich Group Sdn Bhd telah berpindah ke pejabat baru yang lebih luas, sesuai dengan perkembagan semasa syarikat.

Di pejabat baru ini, kami menyediakan sebuah bilik seminar yang digunakan untuk mengendalikan seminar dan latihan, untuk kegunaan syarikat dan juga dibuka kepada orang awam untuk disewakan.

Berikut adalah fasiliti yang terdapat di bilik seminar kami:

  • Bilik yang boleh menampung 30-50 pax (susunan class room atau kerusi sahaja)
  • TV LCD 32″ dan projector
  • Whiteboard
  • Ruang solat
  • Internet Maxis Fibre
  • Ruang parkir percuma
  • Perkhidmatan tempahan minuman dan makanan peserta

Kadar harga sewaan adalah seperti berikut:

9.00am – 5.00pm            RM170.00

9.00am – 1.00pm              RM90.00

8.00pm -11.00pm             RM70.00

9.00am – 11.00pm           RM200.00

Sewaan dibuka untuk hari berkerja, hujung minggu dan cuti umum.

Lokasi adalah di Subang Bestari, berdekatan Universiti Help Subang 2. Berdekatan dengan Subang Airport, Kota Damansara, Kg Melayu Subang, Shah Alam dan Sungai Buloh.

UPDATE: BILIK SEMINAR TIDAK DAPAT DIGUNAKAN UNTUK SEMENTARA WAKTU