Cap Dagangan Bukan Tradisional (Non-Traditional Trade Mark)

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Cap Dagangan | Diposkan pada 27-10-2010

0

Agak lama saya tidak menulis berkenaan harta intelek. Ini mungkin kerana fokus saya sebelum ini kepada bisnes takaful yang sedang saya jalankan ketika ini. Walaupun bidang baru saya ini (Takaful) agak menarik dan mampu memberi bantuan kepada peserta di saat-saat kecemasan, namun kerjaya di dalam bidang harta intelek masih perlu kerana kesedaran di dalam bidang ini terutama golongan Bumiputra masih ketinggalan.

Baru-baru ini saya sempat bersembang dengan seorang pegawai pemeriksa cap dagangan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO. Topik perbualan kami berkisar kepada perkembangan isu-isu harta intelek di Malaysia. Satu yang menarik perhatian saya semasa perbualan kami ialah MyIPO bakal menerima pendaftaran cap dagangan bukan tradisional sedikit masa lagi. Ini akan dilaksanakan selepas Akta Cap Dagangan dipinda bagi membenarkan pendaftaran cap dagangan bukan tradisional ini.

Proton Inspira

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Teknologi | Diposkan pada 13-10-2010

0

Setelah sekian lama menanti, akhirnya Proton secara rasmi mendedahkan model terbaru keluaran Proton yang dinamakan sebagai Proton Inspira. Model ini berasaskan medel Lancer dari Mitsubishi yang telah diberi sentuhan kosmetik oleh Proton.

Anda boleh melihat keratan akhbar tentang model terbaru Proton ini di sini.

Harga model terbaru ini bermula dari RM79,000 dan mungkin akan mula berada di pasaran selepas pelancaran rasminya nanti.

Barangan China, kualiti dan harga

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Jenama | Diposkan pada 01-10-2010

5

Ketika ini, Negara kita dilambakkan dengan produk elektronik dari negara China. Televisyen, pemain DVD dan telefon bimbit antara barangan dari China yang banyak dijual di negara kita.

Jika dulu, kita hanya mendengan jenama-jenama besar seperti Panasonic, Samsung, LG dan Toshiba sebagai jenama utama barangan-barangan elektrik dan elektronik di pasaran. Namun pada hari ini, muncul pelbagai jenama-jenama yang cukup asing bagi kita seperti Konka, Tobishi, Weige, Nuodi dan sebagainya. Jenama-jenama ini mewakili pelbagai produk barangan terutamanya barangan elektrik.

Sejauh mana jenama-jenama baru ini boleh menawarkan produknya? Jawapannya ialah pada kualiti barangan. Semua sedia maklum barangan buatan negara China yang datang dengan jenama baru agak diragui kualitinya. Barangan ini seumpama barangan pakai buang di mana ia hanya oleh digunakan untuk tempoh seketika sahaja. Berbanding barangan yang dikeluarkan oleh jenama-jenama terkemuka, kualitinya diakui dan boleh digunakan dalam tempoh yang panjang.

Saya sendiri mempunyai pengalaman menggunakan barangan dari China dari jenama yang tidak terkenal yang pada umumnya memang mengecewakan. Pemain DVD hanya bertahan kurang dari dua tahun. Mungkin kerana harganya yang murah maka kualitinya pun murah. Sebuah telefon bimbit berjenama Malaysia tetapi dibuat di negara China tidak berfungsi dengan baik dan selalu ‘hang’ dan tidak stabil. Bateri cepat mengering walaupun hanya menggunakan aplikasi-aplikasi biasa seperti sms dan melayari wap.

PETIKAN BERITA: Beras Faiza tidak boleh guna label ‘ponni’

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Cap Dagangan, Harta Intelek | Diposkan pada 30-08-2010

1

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan sebagai tidak sah penggunaan perkataan ‘‘ponni’’ sebagai label bagi beras keluaran syarikat Faiza Sdn Bhd.

Hakim Datuk Azahar Mohamed membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Agricultural and Processed Food Products Export Development

Authority of India (APEDA) dan empat lagi untuk membatalkan cap dagang dibuat oleh syarikat tempatan itu.

Beliau memutuskan supaya pendaftaran cap dagang bagi ‘‘ponni’’ dibatalkan dan dikeluarkan daripada Daftar Cap Dagang Malaysia.

Dalam penghakimannya, Azahar berkata beras ‘‘ponni’’ dihasilkan di wilayah Delta Kaveri di India, dan syarikat Faiza tidak mempunyai hak untuk mendaftar penggunaan perkataan ‘‘ponni’’ itu.

“Perkataan ‘‘ponni’’ bukannya satu perkataan yang dihasilkan oleh syarikat Malaysia itu. Dalam bahasa Tamil, ponni bererti emas kerana beras adalah sesuatu yang amat bernilai, dan ponni adalah nama yang diiktiraf sebagai satu jenis beras dari Tamil Nadu.

Cap Dagangan & Nama Syarikat (2)

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Cap Dagangan, Harta Intelek | Diposkan pada 15-07-2010

3

Saya telah mendapat satu lagi persoalan tentang cap dagangan dan nama syarikat dari pembaca. Soalannya lebih kurang begini, jika nak daftar cap dagangan, perlu ke saya daftar syarikat terlebih dahulu atau daftar dahulu atas nama individu.

Jawapan saya, jika nama syarikat dan cap dagangan adalah sama, adalah lebih baik daftar nama syarikat dahulu. Ini kerana jika cap dagangan berasaskan nama syarikat, peluang untuk didaftarkan adalah lebih tinggi. Ini berdasarkan keperluan sekseyn 10 (1) (a) Akta Cap Dagangan yang mengatakan antara ciri-ciri cap dagangan yang boleh didaftarkan adalah nama syarikat atau individu.

Namun begitu, cap dagangan tersebut boleh didaftarkan dahulu atas nama individu dan kemudian dipindah milik menerusi assignment kepada syarikat. Walaubagaimanapun, assignment atau serahhak ini hanya boleh dilakukan setelah cap dagangan berjaya didaftarkan. Jika masih lagi di dalam proses, permohonan untuk serahhak ini tidak akan diproses.

Bagi saya, adalah lebih elok daftarkan dahulu nama syarikat kerana pendaftaran syarikat memakan masa yang lebih pendek berbanding cap dagangan. Setelah syarikat berjaya didaftarkan, daftarkan cap dagangan tersebut di bawah nama syarikat secepat mungkin.

Takaful dan Harta Intelek

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Harta Intelek, Takaful | Diposkan pada 08-07-2010

6

Takaful dan harta intelek mungkin merupakan dua bidang yang berbeza namun ia mempunyai konsep yang sama iaitu perlindungan sebelum berlakunya sesuatu musibah atau masalah. Saya telah menceburi bidang harta intelek sejak tiga tahun lepas manakala di dalam bidang takaful pula pada awal tahun ini. Kedua-dua bidang ini banyak melibatkan interaksi bersama manusia dan juga  perniagaan.

Sebagaimana yang kita maklum, takaful merupakan bentuk perlindungan yang perlu dimiliki setiap manusia bagi menjamin perlindungan pendapatan dan juga kesihatan agar terpelihara. Perlindungan di sini adalah perlindungan dari risiko musibah seperti kematian, hilang upaya kekal dan juga sakit. Perlindungan ini perlu diambil sebelum berlakunya tiga perkara ini dan jika perlindungan ini tidak diambil, masalah yang lebih besar akan berlaku.

Perkhidmatan Pendaftaran Cap Dagangan (Trade Mark)

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Perkhidmatan | Diposkan pada 07-07-2010

10

Kepada semua usahawan di luar sana, mulai hari ini saya menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan pendaftaran cap dagangan di Malaysia dan juga luar negara. Antara perkhidmatan yang saya tawarkan ialah:

  • Carian cap dagangan
  • Penentuan kelas barangan cap dagangan
  • Pengisian borang permohonan cap dagangan
  • Menghantar permohonan cap dagangan ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
  • Pindaan perkara-perkara berkaitan cap dagangan
  • Menyediakan hujahan bertulis untuk rayuan pendaftaran cap dagangan
  • Mewakili pemohon untuk sesi pendengaran (hearing) bagi tujuan rayuan pendaftaran cap dagangan
  • Memproses borang setujuterima untuk penerbitan warta kerajaan
  • Pembaharuan cap dagangan
  • Mengendalikan kes bangkangan ke atas cap dagangan (trade mark opposition)
  • Mengendalikan proses pendaftaran cap dagangan di luar negara.

Jika memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan di atas, sila hubungi saya untuk mendapatkan sebut harga. Harga yang ditawarkan insyaAllah berpatutan.

Tel: 019-3781629 (Azizi)          Emel: azizizulkefli@gmail.com

*Urusan pendaftaran cap dagangan akan diuruskan oleh saya sendiri menerusi syarikat AsicoNextech Sdn Bhd. , Ejen Cap Dagangan berdaftar dengan MyIPO

PETIKAN BERITA: Menteri akui sukar banteras muat turun haram

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Hak Cipta, Harta Intelek | Diposkan pada 15-06-2010

8

Undang-undang perlu dipinda bagi membolehkan kerajaan mengawal kegiatan cetak rompak dan muat turun secara haram, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri.

Katanya, peruntukan sedia anda menghalang penguatkuasaan ke atas kegiatan tersebut yang semakin berkembang dengan kepesatan teknologi baru.

Beliau juga meredakan kebimbangan orang ramai terhadap pindaan Akta Hakcipta, yang dikhuatiri akan memberi ruang kepada penguatkuasa bagi menceroboh kediaman mereka dan mencari bahan-bahan terlarang berkenaan.

Buku 'Rancang Wang Dari Sekarang' Oleh Pakdi

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Kewangan | Diposkan pada 11-06-2010

9

Semasa saya melayari laman blog rakan saya Pakdi, ada sesuatu yang menarik perhatian saya iaitu rakan saya ini telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Rancang Wang Dari Sekarang. Saya kira buku ini cukup menarik untuk dibaca bagi menambahkan ilmu perancangan kewangan kita. Saya akan cuba mendapatkan buku ini dan akan membuat sedikit ulasan berkenaannya.

P/s: Pakdi adalah rakan sekuliah saya semasa menuntut di UIA. Sejak dari UIA beliau cukup dikenali sebagai yang agak mahir dalam selok belok kewangan. Saya sendiri pernah menyertai bengkel Cash Flow anjuran beliau.

Nama Syarikat v. Cap Dagangan

Ditulis Oleh Azizi Zulkefli | Dalam Kategori Cap Dagangan, Hak Cipta | Diposkan pada 09-06-2010

2

Saya telah mendapat satu pertanyaan dari pembaca blog ini tentang perbezaan di antara nama syarikat dan cap dagangan. Antara kekeliruan yang ditanya adalah sama ada nama syarikat boleh digunakan sebagai cap dagangan dan apa perlunya daftar cap dagangan sedangkan nama syarikat telah berdaftar.

Untuk pengetahuan semua, nama syarikat dan cap dagangan adalah dua perkara yang berbeza. Pendaftaran nama syarikat adalah lesen untuk seseorang memulakan perniagaan manakala pendaftaran cap dagangan adalah satu langkah untuk melindungi jenama sesuatu produk ditiru atau digunakan secara tidak sah oleh orang lain.