Pelayar Web Era Baru

By | March 27, 2011

Sebelum ini, saya telah pun membuat ulasan berkenaan pelayar-pelayar web utama yang digunakan ketika ini. Anda boleh membaca ulasan tersebut di sini. Selepas setahun, banyak perubahan yang telah berlaku kepada pelayar-pelayar web ini dari segi reka bentuk pelayar, sokongan skrip dan format web terkini serta kepantasan.

Continue reading

Bayaran Permohonan Cap Dagangan & Pindaan Peraturan

By | March 19, 2011

Sebagaimana artikel saya yang lepas, peraturan-peraturan cap dagangan telah pun dipinda bagi memasukkan peraturan-peraturan baru dan semakan terhadap bayaran pendaftaran untuk cap dagangan dan juga paten.

Selepas pindaan dibuat, kaedah pembayaran bagi paten dan cap dagangan telah dibahagi kepada dua iaitu bayaran secara online dan bayaran secara manual. Secara amnya, bayaran secara online adalah lebih murah berbanding bayaran secara manual.

Untuk makluman anda semua, bayaran pendaftaran cap dagangan telah dinaikkan dari RM250 untuk satu permohonan kepada RM330 jika difailkan secara online dan RM370 jika difailkan secara manual. Kenaikan ini telah mula berkuatkuasa mulai 15 Februari 2011.

Pindaan peraturan-peraturan cap dagangan juga telah memasukkan peraturan baru berkaitan mempercepatkan proses pemeriksaan cap dagangan. Permohonan ini boleh dilakukan selepas empat bulan dari tarikh pemfailan. Peraturan ini membolehkan permohonan diproses dengan lebih cepat dan sijil pendaftaran akan dapat dikeluarkan lebih pantas berbanding kaedah pemeriksaan biasa. Namun begitu, peraturan mempercepatkan proses pemeriksaan ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Sebab-sebab kepentingan awam
  • Berlakunya pelanggaran cap dagangan atau prosiding pelanggaran cap dagangan sedang berlangsung
  • Pendaftaran cap dagangan merupakan pra-syarat untuk mendapatkan bantuan kewangan dari kerajaan atau institusi-institusi yang diiktiraf.
  • Sebab-sebab yang dirasakan munasabah.

Akan datang, Akta Cap Dagangan 1976 akan dipinda bagi mengemaskini akta sedia ada dan memasukkan perkara-perkara baru sejajar dengan perkembangan semasa. Kita nantikan pindaan yang akan dibentangkan di sidang parlimen akan datang

Pindaan Peraturan-peraturan Cap Dagangan & Paten 2011

By | February 15, 2011

Pindaan bagi Peraturan-peraturan Cap Dagangan dan Paten telah mula dikuatkuasakan mulai hari ini 15 Februari 2011. Apa yang saya sempat baca di laman MyIPO ialah kenaikan ketara bayaran-bayaran bagi cap dagangan dan paten. Saya akan mengulas berkenaan pindaan ini dalam masa terdekat.

Anda boleh membaca sendiri pindaan-pindaan yang dibuat menerusi pautan di bawah:

http://www.myipo.gov.my/images/ACTS/tm-amendment-regulations2011.pdf

http://www.myipo.gov.my/images/ACTS/ptregulations-amenmend-15022011.pdf

Pendaftaran Cap Dagangan Permulaan Kepada Jenama Yang Kukuh

By | February 8, 2011

NOTIS: Pihak kami menawarkan pendaftaran cap dagangan secara online sepenuhnya ketika pandemik covid-19

PERKHIDMATAN PENDAFTARAN CAP DAGANGAN / TRADE MARK

Nama saya Azizi. Saya merupakan ejen cap dagangan berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Saya diberi mandat oleh pihak Perbadanan untuk menguruskan dan memudahcara pendaftaran cap dagangan di Malaysia dan seluruh dunia. Saya berpengalaman lebih 14 tahun di dalam menguruskan proses pendaftaran cap dagangan.

Anda tidak perlu memandu beratus-ratus kilometer ke pejabat MyIPO dan terpaksa berulang-alik semata-mata untuk membuat pendaftaran. Anda juga boleh mengelakkan risiko kesilapan semasa mendaftar yang mungkin akan menyebabkan pendaftaran cap dagangan anda ditolak oleh pihak MyIPO.

Pendaftaran anda saya boleh uruskan menerusi emel dan WhatsApp sahaja. Jimat wang dan masa anda!

Di bawah adalah senarai syarikat, organisasi dan institusi yang telah menggunakan khidmat saya di dalam pendaftaran cap dagangan:

Continue reading

Adakah pendaftaran cap dagangan wajib?

By | January 19, 2011

Jawapannya ialah tidak. Pendaftaran cap dagangan tidaklah menjadi kewajipan sebagaimana pendaftaran syarikat atau perniagaan jika ingin memulakan perniagaan. Namun begitu, pendaftaran cap dagangan bagi produk dan perkhidmatan adalah amat penting bagi mendapatkan hak eksklusif terhadap sesuatu cap dagangan serta mendapat perlindungan undang-undang sekiranya berlaku pelanggaran hak cap dagangan seperti cap dagangan digunakan tanpa kebenaran, cap dagangan ditiru dan sebagainya.

Kesan cap dagangan yang tidak didaftarkan ialah sukar untuk mendapatkan perlindungan undang-undang sekiranya berlaku kes-kes pelanggaran cap dagangan sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Kes masih lagi boleh di bawa ke mahkamah tetapi memerlukan pelbagai bukti dan keterangan bagi menyokong sesuatu kes dan kebiasaannya ia sukar dilakukan.

Jika cap dagangan telah didaftarkan, sijil pendaftaran cap dagangan merupakan bukti nyata bahawa pemilik sejil tersebut adalah pemilik sah cap dagangan tersebut. Dengan sijil pendaftaran tersebut, adalah lebih mudah bagi mahkamah bagi memutuskan sesuatu kes yang melibatkan pelanggaran cap dagangan.

Jadi kesimpulannya, pendaftaran cap dagangan penting bagi memberi perlindungan kepada cap dagangan dan juga pemiliknya dari kes-kes yang melibatkan pelanggaran cap dagangan yang boleh memberi kerugian besar kepada pemiliknya di kemudian hari.

PETIKAN BERITA: Tempat Awam Yang Siar Program TV Tidak Perlu Bayar Royalti

By | January 14, 2011

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Kerajaan telah memutuskan bahawa semua tempat awam seperti hotel, klinik, hospital dan restoran yang menyiarkan program televisyen di premis mereka tidak perlu lagi membayar royalti ke atas penyiaran karya hak cipta yang disiarkan oleh stesen televisyen.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata ini berikutan syarikat penyiaran, sama ada radio dan televisyen telah membayar royalti kepada Badan Kutipan Royalti (CMO).

“Program televisyen yang ditayangkan adalah disusun oleh pihak syarikat penyiaran tersebut. Oleh itu adalah tidak wajar premis-premis perniagaan ini dikenakan bayaran royalti,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.

Beliau berkata kadar tarif royalti ditetapkan oleh badan-badan pelesenan seperti Public Performance Malaysia Sdn Bhd dan Music Authors Copyright Protection Berhad (MACP). Continue reading

Daftar Harta Intelek Anda Sekarang!

By | January 13, 2011

Untuk makluman semua, tahun ini dijangkakan Akta Cap Dagangan dan juga Akta Paten akan dipinda bagi memasukkan beberapa baru dan juga penambahbaikan kepada sistem cap dagangan dan paten sedia ada.  Saya juga mendapat maklumat bahawa bayaran untuk permohonan cap dagangan dan paten akan dinaikkan selepas pindaan akta nanti. Cuma sehingga hari ini tiada sebarang maklumat mengenai berapa kadar kenaikan tersebut.

Untuk rekod, ketika ini bayaran pendaftaran harta intelek terutamanya cap dagangan di Malaysia adalah antara yang terendah di dunia.

Jadi sementara harga masih rendah ni, saya sarankan anda yang mempunyai sebarang harta intelek mendaftar segera.

Jika anda perlukan perkhidmatan pendaftaran cap dagangan, boleh hubungi saya di talian 019-3781629 (Azizi) atau emel [email protected]

UPDATE: Untuk melihat kos permohonan cap dagangan secara terperinci, boleh ke laman berikut:

http://www.zeralogies.com/kos-permohonan-cap-dagangan/

whatsaap blue rich

PETIKAN BERITA: Malaysia paling pantas lulus daftar harta intelek

By | January 11, 2011

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi negara terpantas di dunia meluluskan tempoh pendaftaran pemilikan harta intelek berbanding Australia, Jepun dan Korea, bermula 1 Februari ini.

Penambahbaikan itu merangkumi tempoh pendaftaran paten daripada 39 kepada 26 bulan untuk permohonan biasa tetapi boleh disingkatkan kepada 20 bulan jika pemohon mahu dipercepatkan. Pendaftaran cap dagangan pula disingkatkan daripada 18 kepada 12 bulan untuk permohonan biasa dan jika pemohon mahu dipercepatkan tempoh itu hanya sekadar enam bulan, tiga minggu saja. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan memendekkan tempoh pendaftaran itu, Malaysia menjadi negara paling pantas meluluskan pemilikan harta intelek buat masa sekarang. “Bagi Australia, Jepun dan Korea tempoh kelulusan permohonan paten ialah 36 bulan, manakala bagi cap dagangan pula tujuh bulan. Sehubungan itu, Malaysia menjadi negara paling cepat. “Singapura mungkin lebih cepat, tetapi ia berbeza kerana mereka memberi kelulusan secara bersyarat, kaedah ini risikonya ialah jika terdapat sebarang bantahan pihak tertentu yang mendakwa sesuatu produk itu milik mereka dengan mengemukakan bukti, kelulusan itu boleh ditarik balik tanpa membawanya ke mahkamah,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), di sini, semalam. Bagaimanapun, katanya, beliau belum berpuas hati dengan tahap kesedaran pencipta terutama pengeluar produk dari sektor industri kecil dan sederhana (IKS) yang masih belum menitikberatkan soal pemilikan harta intelek sehingga mendedahkan mereka kepada masalah ciplak. “Antara puncanya mereka tidak tahu dan ada juga yang memikirkan bahawa jika sekadar mendaftar jenama saja sudah mencukupi, sedangkan mereka perlu memohon bagi mendapatkan pemilikan harta intelek itu.
“Sehubungan itu, kami akan memperhebatkan kempen kesedaran selain membuka cawangan MyIPO di beberapa lokasi lain bagi memudahkan pengeluar produk melindungi hak cipta mereka,” katanya.

Ismail Sabri berkata, kementerian juga bercadang meminda Akta Hak Cipta bagi melindungi mereka yang terbabit dalam industri hiburan.
“Selain mendapatkan hak cipta umpamanya animasi, lagu, drama atau filem, kita juga perlu mendaftarkannya sebagai bukti jika ada pihak yang mendakwa sesuatu hasil seni itu milik mereka,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Perjanjian Perlesenan Pengguna Akhir (End User License Agreement)

By | January 7, 2011

Anda sudah tentu biasa melihat tetingkap di atas semasa memasang perisian Mozilla Firefox. Tetingkap di atas meminta pengguna untuk menerima perjanjian perlesenan penggunaan perisian Mozilla Firefox. Tetapi pernahkah kita membaca terma-terma penggunaan atau perjanjian perlesenan sebelum kita meneruskan pemasangan sesuatu perisian?

Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan perjajanjian perlesenan ini?

Continue reading