Pendaftaran Cap Dagangan – Sedikit Ulasan Sepanjang Penglibatan Sebagai Ejen Cap Dagangan

By | December 21, 2015

principle

Salam kepada semua pembaca laman Zeralogies. Agak lama saya tidak kemaskini blog ini atas kekangan masa. Walaubagaimanapun masih ramai yang menghantar pertanyaan berkenaan pendaftaran harta intelek terutamanya cap dagangan dan saya ucapkan terima kasih terutama kepada yang telah menjadi klien saya. Artikel saya http://www.zeralogies.com/pendaftaran-cap-dagangan-permulaan-kepada-jenama-yang-kukuh menjadi artikel utama rujukan mereka yang ingin mendaftarkan jenama mereka sebagai cap dagangan.

Untuk makluman semua, saya masih lagi aktif sebagai ejen cap dagangan berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Saya telah berdaftar sebagai ejen sejak 2011 dan sehingga kini telah berjaya mendaftarkan ratusan jenama sebagai cap dagangan berdaftar di Malaysia. Selain Malaysia, saya juga menguruskan pendaftaran jenama di luar negara dan antara negara yang pernah saya uruskan pendaftaran adalah Indonesia, Brunei, Kemboja, Bangladesh, Myanmar, negara-negara Kesatuan Eropah, United Kingdom, Amerika Syarikat dan China.

Klien-klien saya terdiri dari pelbagai latar belakang. Majoriti adalah daripada Industri Kecil dan Sederhana dan selebihnya orang perseorangan, syarikat korporat, agensi kerajaan, persatuan, kelab dan syarikat multinasional. Antara yang menjadi klien saya adalah Sharp Electronic Malaysia, FAMA, Mr DIY Trading, Kementerian Sumber Asli, Kolej Komuniti Banting dan Institut Sultan Ahmah Shah (ILSAS).  Di bawah antara jenama/logo yang telah berjaya didaftarkan sebagai cap dagangan di bawah kendalian saya:

PSD List TM 2

Dari segi statistik pendaftaran sehingga 20 Disember 2015, hampir 90% permohonan yang saya uruskan berjaya mendapat kelulusan dan sijil. 9% lagi mendapat bantahan daripada pihak pendaftaran sama ada tidak memenuhi kriteria atau mempunyai persamaan dengan cap dagangan yang telah sedia didaftarkan dan klien tidak mahu meneruskan dengan rayuan. 1% lagi klien tidak dapat dikesan selepas permohonan dibuat.

statistik TM

Dari segi industri dan jenis perniagaan yang memohon, 35% adalah dari industri pakaian dan tekstil, 20% makanan dan bakinya lain-lain industri seperti elektronik, permainan, industri berat dan perkhidmatan pendidikan.

industri

Bagi industri pakaian/tekstil, majoriti adalah mereka yang menjalankan perniagaan secara online dan ada juga selepas beberapa tahun telah berjaya membuka kedai atau butik pakaian masing-masing. Ada yang bermula dengan hasil jualan hanya beberapa ribu setahun, telah berkembang sehingga mencecah jutaan ringgit setahun. Ada beberapa cap dagangan telah melesenkan penggunaan cap dagangan mereka kepada pelabur yang berminat untuk membuka cawangan di negeri-negeri lain dan telah memperoleh royalti bernilai ratusan ribu ringgit setahun.

Selain pendaftaran cap dagangan, saya juga menerima permohonan bagi cabang harta intelek yang lain seperti paten, rekabentuk industri dan hak cipta.

Bermula September 2015, segala urusan pendaftaran harta intelek telah dipindahkan ke syarikat baru saya Blue Rich Group Sdn Bhd di mana syarikat lama saya Asiconextech Sdn Bhd telah distruktur semula bagi menjalankan perniagaan lain. Tujuan pemindahan ini bagi memastikan segala urusan permohonan harta intelek dapat dijalankan dengan lebih teratur dan efisyen. Laman web baru syarikat saya boleh di akses di alamat www.bluerich.com.my dan www.bluerichmark.com.

 

14284966_946079498852938_1269022091_o

 

Bagi yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan saya atau ada sebarang pertanyaan berkenaan harta intelek, boleh hubungi saya di talian 019-3781629 (whatsaap/telegram/viber/sms/call) atau emel azizi.zulkefli@bluerich.com.my. Saya akan cuba membantu anda sedaya upaya saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *