Pendaftaran Cap Dagangan Di Luar Negara

Pendaftaran cap dagangan adalah bersifat kewilayahan (territorial). Jika anda telah membuat pendaftaran cap dagangan di Malaysia, anda hanya akan mendapat perlindungan di Malaysia sahaja. Sekiranya anda mempunyai perancangan untuk melebarkan perniagaaan anda di luar negara, anda juga perlu merancang berkenaan pendaftaran cap dagangan di negara-negara berkenaan.

Sebagai contoh, jika anda ingin mengeksport produk anda ke Brunei, Indonesia, Perancis dan Jepun, anda perlu membuat permohonan pendaftaran di semua negara-negara tadi. Jika tidak, cap dagangan anda tidak akan dilindungi.

Setiap negara mempunyai prosedur dan kadar bayaran pendaftaran yang berbeza. Justeru itu, bagi usahawan yang merancang untuk melebarkan sayap ke luar negara, rancang dahulu negara mana yang berpotensi dan buat permohonan pendaftaran cap dagangan sebelum memasarkan produk di negara-negara yang telah dirancang. Pendaftaran cap dagangan di luar negara amatlah penting bagi melindungi cap dagangan dari disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di negara-negara berkenaan.

Risiko untuk cap dagangan disalah guna atau diciplak di negara luar adalah lebih tinggi kerana pelaku-pelaku kesalahan ini tahu bahawa pemilik cap dagangan adalah bukan dari negara mereka dan agak sukar bagi pemilik memantau penggunaan cap dagangan ini di negara mereka. Lebih teruk lagi, jika pemilik tidak membuat permohonan, akan ada pihak yang membuat permohonan cap dagangan tersebut di atas nama mereka. Jika ini berlaku, bukan sahaja pemilik kehilangan hak untuk menggunakan cap dagangan di negara tersebut, malah terpaksa menganggung kerugian akibat barangan yang tidak dapat dijual menggunakan cap dagangan yang dimilikinya.

Jika anda memerlukan khidmat pendaftaran cap dagangan di luar negara, saya sedia membantu. Anda perlu menyenaraikan negara-negara yang dirancang dan saya akan keluarkan sebut harga berdasarkan kos pendaftaran di negara-negara tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *