Pendaftaran Cap Dagangan di Malaysia dan Luar Negara

By | September 19, 2016

Dalam bidang harta intelek, sesuatu logo atau tanda boleh dilindungi dengan mendaftarkannya sebagai cap dagangan atau trademark. Ini membolehkan tuan punya cap dagangan mendapat hak eksklusif terhadap sesuatau logo.

Walaubagaimanapun, pendaftaran sesuatu cap dagangan hanya terpakai atau berkuatkuasa di negara di mana ianya didaftarkan. Sebagai contoh kalau logo A didaftarkan di India, ia hanya mendapat perlindungan di India sahaja. Jika logo A ingin mendapatkan hak eksklusif di Malaysia, logo A perlu didaftar secara berasingan di Malaysia. Undang- undang cap dagangan adalah bersifat kewilayahan. Tiada istilah pendaftaran seluruh dunia atau “worldwide registration” untuk pendaftaran cap dagangan.

Jika seseorang menciplak sesuatu cap dagangan berdaftar dari luar Malaysia, dan menggunakannya di Malaysia, secara undang-undangnya ia tidak menjadi kesalahan, malah ia boleh didaftarkan di Malaysia di bawah nama penciplak tersebut. Sama ada tuan punya logo dari luar negara tersebut boleh mencabar atau tidak pendaftaran tersebut, ia soal teknikal dan memerlukan asas yang kukuh untuk berbuat demikian.

Selain isu undang-undang, menciplak logo juga melibatkan isu kreativiti dan moraliti. Logo dicipta bagi mewakili sesuatu produk, perkhidmatan atau pertubuhan. Reputasi sesuatu produk dilambangkan menerusi logonya. Jika logo yang digunakan adalah hasil ciplak, maka produk yang diwakili juga akan terkesan. Kreativiti pemillik dan pencipta logo akan dipersoalkan dan ia kelihatan kurang bermoral menggunakan logo yang mirip kepada logo lain sebagai logo kepunyaan sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *