Pendaftaran Hak Cipta Di Malaysia

By | August 22, 2017

Hak Cipta merupakan satu bentuk perlindungan yang diberikan oleh undang-undang kepada karya-karya yang layak dilindungi di bawah undang-undang hak cipta. Jenis-jenis karya yang dilindungi adalah:

(i) Karya sastera;
(ii) Karya muzik;
(iii) Karya seni;
(iv) Filem;
(v) Rakaman bunyi;
(vi) Siaran (broadcast); dan
(vii) Karya terbitan.

Bagi mendapat penerangan terperinci mengenai hak cipta, boleh ke pautan berikut:

Pengenalan Kepada Hak Cipta (Soalan Lazim)

Dari segi keperluan pendafaran, secara amnya karya-karya di bawah hak cipta tidak memerlukan pendaftaran kerana perlindungan akan diberikan secara automatik sebaik sahaja sesuatu karya telah siap dihasilkan.

Walaubagaimanapun, timbul isu apabila hendak membuktikan pemilikan sesuatu karya jika berlaku sebarang pertelingkahan mengenai pemunya sebenar sesuatu karya. Tanpa dokumen pembuktian yang lengkap dan jelas, agak sukar untuk membuktikan bagi pemilik karya tersebut membuktikan bahawa dialah pemilik sebenar karya tersebut.

Justeru, bagi membantu pemilik hak cipta mendapat bukti pemilikan yang sah, satu bentuk pendaftaran telah diperkenalkan yang dikenali sebagai pemberitahuan sukarela atau voluntary notification. Pemilik-pemilik karya boleh merekodkan karya-karya mereka di Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan mendapat sijil pemberitahuan hakcipta sebagai bukti pemilik sah sesuatu karya.

Sekiranya berlaku sebarang pertikaian mengenai hak milik sesuatu karya sama ada di mahkamah atau luar mahkamah, sijil ini boleh membantu bagi pembuktian pemilikan sesuatu karya.

Pemberitahuan sukarela ini boleh dibuat sendiri oleh pemilik karya. Walaubagaimanapun, jika tidak pasti mengenai prosedur ini, anda boleh mewakilkan kepada saya untuk menguruskan proses pendaftaran sehinggalah sijil dikeluarkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pemberitahuan sukarela hakcipta ini, boleh hubungi saya di talian 019-3781629

 

2 thoughts on “Pendaftaran Hak Cipta Di Malaysia

  1. Maslan Maginda

    Hei…saya ingin mendaftarkan hak cipta saya dengan jabatan ini dengan nama ” KONSEP MIRUKU RUKUT”
    tolong daftarkan hak cipta saya ini, dan berapakah kosnya mendaftar hak cipta saya ini.

    Maslan bin Maginda
    Pemilik hak cipta
    Mirukut rukut ( Berkongsi)

    Reply
  2. Julaspi Bin Badul

    Hai..,saya merupakan seorang juruelektrik yg bebas tanpa majikan dan baru-baru ini saya telah mereka cipta satu lakaran kejuruteraan untuk kerja-kerja yg berkaitan dengan elektrik untuk satu projek ubahsuai bangunan..
    soalan saya ;
    Apakah saya berhak menuntut sebarang pembayaran gantirugi atau hak cipta atas lakaran kejuruteraan tersebut kerana saya telah disingkirkan dari projek tersebut atas alasan yg tidak munasabah tetapi kerja-kerja pembinaan tersebut telah tetap dijalankan berpandukan pada hasil lakaran kejuruteraan yang saya telah cadang dan serahkan pada mereka sebelum ini.
    sekian dan terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *