Pendaftaran Slogan Sebagai Cap Dagangan

By | May 21, 2010

Baru baru ini saya mendapat e-mel dari pembaca yang bertanyakan tentang pendaftaran slogan sebagai cap dagangan. Antara soalan yang ditanya ialah bagaimana untuk mendaftarkan slogan.

Sebelum saya pergi lebih jauh, slogan dalam konsep penjenamaan merujuk kepada satu frasa perkataan yang merujuk kepada kualiti, sifat atau gambaran kepada sesuatu produk atau perkhidmatan. Kebiasaannya slogan digunakan di dalam pengiklanan bagi mencetuskan satu frasa yang unik yang dapat diingati oleh pelanggan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Antara contoh slogan yang biasa kita dengar dan lihat di media seperti slogan Bank Rakyat ‘Bank Pilihan Anda’, McDonalds ‘I’m lovin it’ dan KFC ‘It’s Finger Lickin Good’.

Slogan boleh didaftarkan sebagai cap dagangan untuk mendapatkan perlindungan dan penggunaan eksklusif. Ia boleh didaftarkan secara gabungan bersama logo atau didaftarkan berasingan. Namun begitu, slogan kebiasaannya menggunakan perkataan umum dan merujuk kepada mutu atau sifat sesuatu barangan atau produk dan ini tidak selaras dengan kehendak sesyen 10(1)(d) Akta Cap Dagangan 1976 yang melarang penggunaan perkataan yang bersifat rujukan di dalam cap dagangan.

Walaubagaimanapun, slogan biasanya akan didaftarkan mengikut keperluan di bawah seksyen 10(1)(e) iaitu cap dagangan yang unik atau distinktif. Untuk mendapatkan pendaftaran ini, pendaftar cap dagangan akan meminta bukti penggunaan dikemukakan bagi menyokong pendaftaran slogan tersebut. Untuk slogan, bukti penggunaan yang biasa dikemukakan adalah bahan-bahan pengiklanan, promosi media dan penggunaannya di bungkusan sesuatu produk. Bukti-bukti penggunaan ini perlu difailkan dalam bentuk akuan bersumpah dan disertakan bersama hujahan bertulis bagi menyokong pendaftaran slogan tersebut.

Pendaftaran slogan adalah sama seperti pendaftaran cap dagangan yang lain. Borang TM5 perlu dikemukakan bagi tujuan pendaftaran. Di bawah antara contoh slogan-slogan yang berjaya didaftarkan di Malaysia. Kesemuanya digabungkan bersama logo bagi memastikan slogan tersebut unik dan menambahkan peluang untuk diterima pendaftaran sebagai cap dagangan.

(Selleys – If It Selleys It Works)

(Subalipack – Pack It. Move It)


(M – I’m Lovin It)


16 thoughts on “Pendaftaran Slogan Sebagai Cap Dagangan

  1. Azizi Zulkefli

    Betul, tu sbb sblm buat pendaftaran kena buat carian dulu untuk pastikan slogan atau logo kita tak sama dgn org lain.

    Reply
    1. Azizi Zulkefli

      Betul, Mc Curry menang kes tu. Court kata perkataan Mc tu satu yg biasa dan boleh diguna sesiapapun.

      Reply
  2. suri

    salam..ho macam tu ke..nanti bila dah ada cap sendiri maka org lain dah tak blh copyright la yer..

    klu sapa curi cap tu nanti orang yang tak bertanggungjawb kena dendalah yer,sb mencuri cap org lain..hehe..(yg ni suri paham2 sendirilah)

    Reply
    1. Azizi Zulkefli

      @Suri: Kalau dah ada cap sendiri, org lain bukan tak boleh copyright, tapi tak boleh tiru, guna atau daftar cap yg sama dgn kita.

      Reply
  3. engineering consultant

    Our trademark attorneys are often asked to speak about “How to trademark a brand?” Trademark registration is the most important thing a company can do to protect its brands, logos and slogans. We do not recommend attempting to register your trademarks without the assistance of a qualified trademark attorney.

    Reply
  4. Azizi Zulkefli

    Kalau Mc KFC tu mmg terang2 tak boleh. Sebabnya KFC dan McD menawarkan konsep perniagaan dan produk makanan yang sama.

    Berbeza dalam kes Mc Curry, Mc Curry tak menjual produk yg sama mcm McD dan konsep perniagaan pun tak sama. itu yg disebut hakim dalam kes ni.

    Reply
  5. Muhd Suhaily

    Informasi yang sanggat berguna untuk menjalankan perniagaan. Loga dan slogan adalah kepercayaan pengguna. Namun perlu dititikberatkan sebelum mencipta slogan dan logo yang mana ianya berkaitan dengan produk yg ditawarkan.

    Reply
  6. suri

    hohoh..ingatkan blh suka2 jer buat slogan itu ini..rupa2nya kena isi borg juga..huhuhu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *