Pendaftaran Trademark di Malaysia

By | February 7, 2017

Pendaftaran trademark di Malaysia mempunyai beberapa prosedur dan syarat yang perlu dipatuhi untuk memastikan ianya diterima dan diluluskan oleh pihak pendaftar.

Antara prosedur penting sebelum sesuatu permohonan trademark dibuat adalah melakukan carian atau trademark search. Carian ini amat penting bagi memastikan trademark yang ingin dipohon tidak mempunyai persamaan dengan trademark yang telah sedia dipohon atau didaftarkan.

Selain carian, antara aspek penting yang perlu diambil kira adalah memastikan trademark yang didaftar memenuhi kehendak atau syarat pendaftaran yang ditetapkan oleh Akta Cap Dagangan 1976.  Ramai pemohon trademark terutama yang membuat permohonan sendiri tanpa menggunakan ejen terperangkap di sini. Semasa carian, sememangnya trademark yang dipohon tidak mempunyai persamaan, tetapi perkataan yang digunakan tidak menepati syarat pendaftaran yang ditetapkan.

Syarat asas pendaftaran trademark boleh dibaca di pautan berikut:

Harta Intelek – Ciri-ciri Cap Dagangan yang Boleh Didaftarkan

Jadi, untuk memastikan trademark yang ingin dipohon mendapat kelulusan, pastikan ia tidak mempunyai persamaan dengan trademark sedia ada dan memenuhi syarat pendaftaran.

Jika anda tidak pasti sama ada trademark anda memenuhi syarat atau tidak, boleh hubungi saya di talian 019-3781629.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *