Pengalaman di Hospital Selayang

Selayang

Entri kali ini mungkin kelihatan tiada kaitan dengan tema blog ini, tapi masih lagi mempunyai iras-iras kepada dunia teknologi dan inovasi. Apa yang ingin saya kongsikan kali ini adalah pengalaman saya berkampung untuk beberapa hari di Hospital Selayang sempena kelahiran anak sulung saya di sana.

Kelahiran anak sulung saya pada 4 Mac 2010 adalah diluar jangkaan saya kerana ia adalah hampir dua bulan lebih awal dari tarikh yang dijangkakan iaitu 24 April 2010. Kelahiran awal tidak dapat dielakkan kerana isteri saya mengalami tekanan darah yang amat tinggi ketika melakukan pemeriksaan rutin di Klinik kesihatan Kelana Jaya dan terus di hantar dengan menaiki ambulan ke Hospital Selayang.

Sampainya di sana, isteri saya terus dimasukkan ke dewan bersalin dan diberi permerhatian rapi oleh doktor. Isteri saya dipasangkan dengan beberapa alatan perubatan seperti mesin pengesan tekanan darah untuk mengesan tahap tekanan darah setiap 15 minit. Setiap 15 minit, mesin ini akan mengesan tahap tekanan dan akan memberikan amaran sekiranya tekanan berada pada tahap bahaya. Untuk mengurangkan tahap tekanan, doktor telah memberikan suntikan untuk mengurangkan tahap tekanan darah.

Saya telah dimaklumkan oleh doktor yang isteri saya mengalami gejala darah tinggi ketika mengandung. Menurut doktor, antara simptom-simptom yang akan dialami oleh ibu mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi ialah kaki membengkak, pening kepala, rasa keletihan dan muntah-muntah. Namun tekanan darah tinggi yang dialami ibu mengandung dan tekanandarah tinggi biasa adalah berbeza kerana tekanan darah tinggi ibu mengandung akan sembuh atau hilang sebaik ibu melahirkan anak.

Saya terus dimaklumkan oleh doktor bahawa pembedahan perlu dilakukan serta merta bagi menyelamatkan isteri dan anak di dalam kandungan. Jika tidak, akan membahayakan nyawa isteri dan juga anak. Jadi sebelum pembedahan dilakukan, doktor perlu memastikan tekanan darah isteri saya betul-betul stabil. Lebih kurang jam 9.00 malam, isteri saya terus dimasukkan ke dewan pembedahan dan pembedahan dilakukan kira-kira dua jam. Anak saya telah selamat dilahirkan pada 9.47 malam dengan berat 1.65kg. Syukur, isteri saya berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan dan sempat memberitahu saya yang kami mendapat anak perempuan.

Memandangkan isteri saya bersalin tidak cukup bulan atau dalam kata lain anak saya lahir pra-matang, anak saya ditempatkan di wad NICU atau NeoNatal Intensive Care Unit. Sebenarnya inilah pertama kali saya berpengalaman untuk masuk ke wad ini dan malah tidak pernah tahu kewujudan wad ini sebelum ini.

Sebelum saya dibenarkan untuk masuk ke wad ini, saya dikehendaki memakai pakaian khas dan membasuh tangan bagi memastikan tiada sebarang kuman di bawa. Tiba di dalam, kelihatan anak saya diletakkan di dalam sebuah kotak lutsinar yang terbuka dan dipakaikan dengan pelbagai alatan perubatan yang saya sendiri tidak pasti fungsinya. Apa yang saya tahu, antara alatan tersebut ialah alat pengesan nadi atau ECG yang mengesan pergerakan jantung dan merekodkan aktiviti jantung secara masa sebenar. Anak saya juga dipakaikan dengan alat bantuan pernafasan memandangkan bayi pra-matang tidak mampu untuk bernafas sendiri ketika baru dilahirkan. Saya sempat untuk mengazankan anak saya sebelum kembali ke wad bersalin untuk menemui isteri.

Pada hari kedua, anak saya telah diletakkan di dalam inkubator kerana berat badan yang masih belum stabil. Inkubator ialah alat di mana ia akan mengawal suhu bayi bagi mengelakkan bayi mengalami komplikasi lain. Saya tidak pasti berapa lama anak saya akan ditempatkan di dalam inkubator dan berkemungkinan akan mengambil masa lebih dari seminggu, bergantung kepada tahap perkembangan anak saya.

Isteri saya dapat keluar dari wad pada hari keempat. Sebelum dibernarkan untuk discaj dari wad, saya dikehendaki untuk membuat bayaran terlebih dahulu. Memandangkan isteri saya ialah kakitangan kerajaan, bayaran dikenakan hanyalah RM12. Saya sangkakan lebih daripada itu memandangkan isteri saya bersalin menerusi pembedahan atau ceasarian.

Saya bersyukur kepada Allah atas keselamatan isteri dan anak saya dan teknologi perubatan yang ada pada hari ini dapat menyelamatkan isteri saya dari mengalami perkara yang tidak diingini. Inovasi dalam teknologi perubatan telah bermula ratusan tahun yang lalu dan kebanyakkannya dipelopori oleh saintis-saintis Islam seperti Ibnu Sina dan lain-lain lagi. Beruntung kita pada hari ini dapat hidup dalam dunia yang telah tersedia dengan teknologi perubatan yang canggih yang mampu menyelamatkan nyawa manusia.

10 thoughts on “Pengalaman di Hospital Selayang”

  1. salam..sy 1st time pregnancy.lucky dpt bc ur experience kt hospital selayang.

    nway sy tkt nk bersalin kt hosp gov ni…so juz nk tau layanan from doc n nurse time ur wife nk bersalin n after bersalin..

    then husband leh msk x during nk bersalin tu?

    actually de plan nk bersalin kt sn gak..

    thanks en azizi

    1. So far sy mmg puas hatila dgn layanan doktor2 dan nurse kat hospital selayang. Kalau kita x bnyk songeh, diorg akan layan kita ok. Fasiliti mmg superb, mcm private.

      Dkt wad bersalin mmg suami atau mak boleh masuk. Cuma kes saya wife bersalin pembedahan, so wad bedah mmg tak boleh masuk. Ini pengalaman sayala, org lain saya tak taula. tapi kebnyakan yg bersalin kat selayang semua kata okla. yg tak ok tu kes2 terpencil je.

      So, selamat bersalin nanti..

  2. Terima kasih atas info anda kerana kalau di izinkan Allah saya juga mahu bersalin di hospital selayang cuma takut saja dari segi layanan dia maklum anak sulung mmg takda pengalaman langsung

  3. Biasala bersalin anak sulung, mmg takde pengalaman. Ape yg penting, doa mintak dipermudahkan, Insyaallah, semua selamat. Isteri sy pun dah ok tekanan darah. Anak pun alhamdulillah, sihat dan semakin membesar. Cuma nampak kecik lg berbanding baby yg lahir normal.

  4. just nk tau, btul ke hospital bersalin selayang skarg x benarkn suami masuk dewan bersalin? X best lh klu mcm tue.. Sy bsalin kt sn, pd thn2008 ank sulung n 2009 ank ke2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *