Pengenalan Kepada Hak Cipta (Soalan Lazim)

By | May 17, 2010

Hak cipta merupakan salah satu cabang daripada harta intelek dan hasil kerja berkaitan hak cipta dilindungi oleh undang-undang. Berikut adalah soalan-soalan lazim yang biasa ditanya berkenaan hak cipta yang diambil dari sumber MyIPO.

1. Apakah itu hakcipta?

Hakcipta adalah hak esklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka di Malaysia.

2. Apakah akta yang melindungi hakcipta?

Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Hakcipta 1987.

3. Apakah karya-karya yang layak mendapat perlindungan hakcipta?

Karya-karya yang layak mendapat perlindungan hakcipta ialah:
(i) Karya sastera;
(ii) Karya muzik;
(iii) Karya seni;
(iv) Filem;
(v) Rakaman bunyi;
(vi) Siaran (broadcast); dan
(vii) Karya terbitan.

4. Adakah Malaysia mempunyai sistem pendaftaran hakcipta?

Buat masa sekarang Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta.

5. Bagaimanakah cara untuk membuktikan pemilikan hakcipta?

Terdapat dua cara:
-Melalui surat Akuan Bersumpah di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960; atau
-Melalui sampul surat yang mengandungi karya hakcipta yang dilakri dan seterusnya diposkan ke alamat sendiri.

6. Apakah syarat-syarat yang perlu ada untuk mendapatkan perlindungan hakcipta?

Hakcipta wujud apabila syarat-syarat berikut dipenuhi:
-Karya tersebut adalah asli;
-Karya tersebut telah direkodkan, ditulis atau dijadikan dalam bentuk bahan;
-Penciptanya mestilah orang berkelayakan; dan
-Karya tersebut dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama adalah di Malaysia.

7. Siapakah pemilik sebenar hakcipta?

Pemilikan hakcipta bergantung kepada keadaan-keadaan berikut:
> Sekiranya karya dibuat di bawah sesuatu kontrak perkhidmatan; Hakcipta adalah milik majikan
>Sekiranya karya itu ditempah; Hakcipta adalah milik pihak yang membuat tempahan

8. Bolehkan hakcipta dipindahmilik?

Seperti harta mudah alih lainnya, hakcipta boleh dipindahmilik melalui:
-Penyerahakan,
-Pemberian wasiat,
-Penguatkuasa undang-undang

9. Apakah hak lain yang dipegang oleh pemunya hakcipta selain daripada hak komersial karya hakcipta?

Undang-undang hakcipta memberikan hak moral kepada pemunya hakcipta.

10. Apakah jenis hak moral tersebut?

Dua jenis hak moral ialah:
-Hak untuk dikenali sebagai pencipta karya; dan
– Hak supaya karya tidak dicacatkan

11. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pemunya hakcipta sekiranya berlaku perlanggaran hakcipta ?

Sekiranya berlaku perlanggaran hakcipta, pemunya karya hakcipta boleh mengambil tindakan undang-undang seperti ganti rugi kewangan serta injuksi.

12. Berapa lamakah tempoh perlindungan hakcipta?

-Bagi karya sastera, seni dan muzik tempoh perlindungan adalah semasa hayat pencipta dan 50 tahun selepas kematiannya;
-Bagi karya rakaman bunyi, filem dan siaran, perlindungan adalah selama 50 tahun selepas tarikh ia diterbitkan;

13. Apakah hak-hak eksklusif pemunya hakcipta?

Sebagai pemunya hakcipta, mereka boleh;
-Melakukan pengeluaran semula sesuatu karya dalam apa-apa bentuk bahan;
-Melakukan penyampaian kepada masyarakat awam;
-Membuat pertunjukkan, tayangan atau permainan kepada awam;
-Melakukan pengedaran salinan-salinan kepada awam melalui penjualan atau pemindahan pemunyaan lainnya;dan
-Melakukan penyewaan secara komersial kepada masyarakat awam

14. Apakah perlanggaran hakcipta?

Perlanggaran hakcipta adalah perkara-perkara yang dilakukan yang melanggar hak eksklusif pemunya hakcipta seperti:
-Melakukan pengeluaran semula sesuatu karya tanpa kebenaran tuanpunya karya;
-Melakukan penyampaian kepada masyarakat awam tanpa kebenaran tuan punya karya;
-Mengimport apa-apa artikel ke negara ini bagi tujuan mendapat keuntungan;
-Membuat salinan langgaran dan seterusnya menawarkan untuk jualan;
-Menyewakan salinan langgaran;
-Mempamerkan kepada masyarakat umum apa-apa salinan langgaran;
-Membuat atau memiliki sebarang perekaan yang boleh digunakan untuk maksud membuat salinan langgaran.

15. Apakah pengecualian yang diberikan oleh Akta Hakcipta kepada pengguna karya?

Penggunaan karya secara urusan yang wajar bagi tujuan yang berikut adalah dibenarkan tertakluk kepada penghargaan yang diberikan kepada pencipta karya:
-Penggunaan bagi tujuan penyelidikan;
-Penggunaan bagi pengajian persendirian; dan
-Penggunaan bagi tujuan kritikan dan laporan semasa.

16. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan hakcipta?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (Bahagian Penguatkuasa) dan Polis Diraja Malaysia bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan undang-undang hakcipta.

Sumber: MyIPO

11 thoughts on “Pengenalan Kepada Hak Cipta (Soalan Lazim)

  1. Syafrizal

    Produk Muslim perlu ada hak cipta sebab ramai juga yang tidak mahu Muslim berjaya dengan produk mereka. Contohnya HPA dengan Kopi Radix, Radix sudah menjadi hak cipta dan tidak ada syarikat lain boleh menggunakan nama Radix itu sendiri. Tapi masih ada yang berani melanggar hak cipta tersebut.
    .-= Syafrizal´s last blog ..Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader =-.

    Reply
  2. Azizi Zulkefli

    Org yg guna nama produk org lain tu mmg tak reti bahasa. Bila dah masuk mahkamah nanti baru agaknya mereka ni akan insaf.

    Reply
  3. mancai

    terima kasih bro dengan soal jawab tu… peh memang bermakna betul… hak cipta memang kalau boleh nak dipelihara… cuma kaki sapu je yang nak untung cepat… kira cetak rompak hak cipta… kaki cam ni memang kena hapus… undang2 yang amat keras perlu dibuat rasanya… sekadar pendapat

    Reply
  4. suri

    kesedaran perlu ada jika tidak kita pun tidak tahu apa sebenarnya harta intelak itu kan.. 🙂

    Reply
  5. fitness lady

    This article will teach you the basics of copyright law, fair use, and the copyright/licensing issues involved in using a wide variety of materials protected by copyright in your many situations.

    Reply
  6. Brother One

    Salam
    dah pegi kursus pun kadangkala masih terlupa. Perlu diperingatkan selalu. terima kasih. Cerita hakcipta insyaallah akan dikongsi Jumaat ini..

    Reply
  7. Azizi Zulkefli

    @Suri: Betul, kesedaran perlu ada, kalau tidak sebarang hukuman yg ada pun takkan berkesan.

    Reply
  8. Pingback: Pendaftaran Hak Cipta Di Malaysia – ZERALOGIES

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *