Perkhidmatan

Kepada semua usahawan di luar sana, mulai hari ini saya menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan pendaftaran cap dagangan di Malaysia dan juga luar negara. Antara perkhidmatan yang saya tawarkan ialah:

  • Carian cap dagangan
  • Penentuan kelas barangan cap dagangan
  • Pengisian borang permohonan cap dagangan
  • Menghantar permohonan cap dagangan ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
  • Pindaan perkara-perkara berkaitan cap dagangan
  • Menyediakan hujahan bertulis untuk rayuan pendaftaran cap dagangan
  • Mewakili pemohon untuk sesi pendengaran (hearing) bagi tujuan rayuan pendaftaran cap dagangan
  • Memproses borang setujuterima untuk penerbitan warta kerajaan
  • Pembaharuan cap dagangan
  • Mengendalikan kes bangkangan ke atas cap dagangan (trade mark opposition)
  • Mengendalikan proses pendaftaran cap dagangan di luar negara.

Saya juga menawarkan program latihan dan seminar untuk topik-topik berkaitan:

  • Harta intelek
  • Pengkomersilan
  • Penjenamaan

Program latihan dan seminar akan dikendalikan oleh saya sendiri dan konsultan-konsultan dari syarikat saya.

Jika memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan di atas, sila hubungi saya untuk mendapatkan sebut harga. Harga yang ditawarkan insyaAllah berpatutan.

Tel: 019-3781629 (Azizi)   Emel: azizizulkefli@gmail.com / azizi.zulkefli@asiconextech.com.my

*Urusan pendaftaran cap dagangan akan diuruskan oleh syarikat saya sendiri, AsicoNextech Sdn Bhd