PETIKAN BERITA: Pemilik Barangan Tiruan Adalah Pencuri – Ismail Sabri

By | May 11, 2010

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meminda Akta Hakcipta 1987 pada sesi Parlimen akan datang dengan memperuntukkan kesalahan memiliki barangan tiruan dan cetak rompak sama seperti seperti memiliki barang curi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan amat komited berhubung isu ini dan akan menangani masalah ini sehingga peringkat akar umbi.

“Rakyat harus tahu yang salah tetap salah. Wajarlah kesalahan demikian dijadikan satu kesalahan jenayah,” katanya ketika merasmikan Kempen Membanteras Cetak Rompak 2010 yang diadakan di KL Sentral, semalam.

Kata Ismail, adalah lebih penting menghapuskan permintaan terhadap barangan seumpama itu terlebih dahulu selain mengambil tindakan terhadap penjual dan pembuat barangan cetak rompak.

“Langkah ini bukan untuk menindas rakyat. Rakyat perlu sedar membeli barangan curi atau produk haram bermaksud mereka telah bersubahat dalam kegiatan jenayah ini.

“Cakera padat (CD), video cakera padat (VCD)dan cakera padat digital (DVD) haram adalah barangan curi, jadi dengan membeli barangan curi dengan sedar, pembeli produk haram ini boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Selain itu, pihaknya juga sedang mempertimbangkan untuk memperuntukkan kesalahan bagi pemilik atau tuan premis atau tempat perniagaan yang memberi sewa atau menjual tempat perniagaan kepada peniaga barangan tiruan.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, beliau memberitahu, Perintah Perihal Dagangan (Label Tulen) 2002 telah diubah kepada Perintah Perihal Dagangan (Label Cakera Optik) 2010 yang berkuat kuasa pada 7 Mei 2010.

“Melalui perintah baru ini, mana-mana CD, VCD dan DVD atau seumpamanya yang mempunyai kandungan dan yang ditawarkan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan wajib dilekatkan label cakera optik,” katanya.

Turut bakal dipinda ialah Akta Perihal Dagangan 1972 bagi menentukan peruntukkan yang mampu menangani kegiatan peniruan barangan dengan lebih berkesan termasuk mengenakan penalti yang lebih berkesan kepada pihak terbabit.

Sumber: mStar

Ulasan saya:

Selepas ni kena berhati-hati dengan apa yang kita beli. Takut-takut kita didakwa pula disebabkan memiliki barangan cetak rompak /tiruan. Kerajaan nampak begitu serius kali ini.

5 thoughts on “PETIKAN BERITA: Pemilik Barangan Tiruan Adalah Pencuri – Ismail Sabri

  1. Azizi Zulkefli

    Kadang2 pelik jgk bila tgk baju2 tiruan ni macam senang2 je boleh jual mcm kat Petaling Street. Mcm dilesenkan pulak

    Reply
  2. Azizi Zulkefli

    Tula, bila benda dah menlambak2, agak susah nak dibanteras. Lagi 2 kena dengan penguatkuasa yg rasuah, mmg masalah ni takkan berkesudahan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *