Program Kesedaran Harta Intelek Di ILSAS, UNITEN

By | May 12, 2012

 

Pada 25 dan 26 April yang lepas, syarikat saya, AsicoNextech Sdn Bhd dengan kerjasama Mandarin Star Sdn Bhd yang diwakili Pn Aziyan Omar telah menganjurkan satu program kesedaran harta intelek di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS) di Universiti Tenaga Nasional, Bangi. Ini adalah julung kali program berkaitan harta intelek diadakan di pusat latihan untuk kakitangan TNB ini. Program dua hari ini memfokuskan kepada perbincangan mengenai cap dagangan dan hak cipta.

Gambar kredit Tuan Zulkarnian Mazlan

Sepanjang program dua hari ini, banyak isu-isu berkaitan harta intelek dibincangkan khususnya yang berkaitan dengan ILSAS dan TNB. Banyak fakta-fakta yang mengejutkan telah didedahkan kepada peserta berkenaan pengurusan harta intelek oleh pihak TNB dan ILSAS. Maklum balas yang diterima dari peserta cukup positif dan pihak ILSAS berminat untuk menganjurkan beberapa lagi program harta intelek di sana

Jika tuan-tuan dan puan-puan berminat untuk menjemput saya memberikan seminar atau taklimat berkenaan harta intelek, sila hubungi saya di talian 019-3781629 – Azizi atau 03-20211945 (pejabat).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *