SEMINAR PENJENAMAAN DAN PENDAFTARAN CAP DAGANGAN

By | September 10, 2016

presentation3

Pada 23 Ogos 2016, pihak syarikat saya, Blue Rich Group Sdn Bhd dengan kerjasama Sarawak Economic Development Corporation (SEDC), sebuah agensi kerajaan negeri Sarawak telah mengadakan seminar Penjenamaan dan Pendaftaran Cap Dagangan yang telah di adakan di bilik seminar Menara SEDC.

Seminar ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan di bawah SEDC tentang asas penjenamaan dan kepentingan pendaftaran jenama sebagai cap dagangan. Seminar ini telah dihadiri sekitar 40 orang peserta.

Pihak kami menerima maklum balas yang positif hasil dari penganjuran seminar ini daripada peserta kerana kebanyakkan peserta masih kurang faham tentang kepentingan dan ciri-ciri jenama yang boleh didaftarkan sebagai cap dagangan.

Berikut adalah gambar-gambar semasa seminar dijalankan:

 

14089222_1265823550104239_5223070622640126474_n

6c8c420f-5ea5-4dd5-8563-56b9c9f9b85b8e2dd6cb-151a-4ed7-b016-b55a22c0656e

Jika anda ingin menjemput saya untuk mengadakan seminar berkenaan penjenamaan dan harta intelek di organisasi anda, boleh hubungi saya di talian 019-3781629 atau emel azizi.zulkefli@bluerich.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *