ANUGERAHKAN JENAMA PRODUK ANDA TARAF 7 BINTANG

Jenama-jenama besar seperti Adidas, Google, Nike, Mc Donald dan tak lupa jenama tempatan seperti Maxis, Adabi dan Ramly adalah jenama-jenama bertaraf 7 bintang dan ke semuanya ada satu persamaan >>>>>
.
.
>>> Persamaan mereka adalah, ke semua jenama besar ini telah berdaftar sebagai trademark. Pendaftaran trademark memberi perlindungan undang-undang terhadap jenama yang didaftarkan.
.
.
Jenama anda juga boleh setaraf dengan jenama-jenama besar ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah >>>
.
.
>>>daftar segera jenama anda sebagai trademark sebelum:
.
.
Jenama anda diciplak orang lain
Jenama anda disalahguna pihak lain untuk tujuan tidak baik
Orang lain daftar jenama anda dan anda tidak lagi boleh menggunakan jenama anda sendiri!
Anda di saman kerana guna jenama orang lain yang sudah berdaftar
.
.
MACAM MANA NAK DAFTAR??
.
.
Serahkan kepada kami. Kami adalah ejen berdaftar dengan agensi harta intelek di bawah KPDNKK dan pakar dalam menguruskan pendaftaran trademark dengan pengalaman lebih dari 10 tahun.
.
.
Antara klien kami adalah Mr DIY, Sharp Electronic Malaysia, Aman Palestine, TNB dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
.
Kami akan membantu anda membuat pendaftaran trademark dari segi:

.
 Semakan jenama
 Proses permohonan
 Proses pewartaan
 Pengeluaran sijil

Dalam makna kata lain, kami uruskan dari A sampai Z. Sampai anda dapat sijil!
.
.
Untuk mendaftar atau pertanyaan lanjut, whatsaap kami dengan klik link di bawah:
.
.
http://trademark1.wasap.my/
http://trademark2.wasap.my/

Tip Mencipta Jenama Sendiri

Memandangkan sekarang ramai yang hendak buat produk sendiri, ini sedikit panduan dalam strategi penjenamaan.

1) Jangan jadikan jenis produk sebagai jenama. Sebagai contoh, jika menjual collagen, jangan jadikan collagen itu sebagai nama utama, seperti collagen gold, collagen plus dan lain-lain. Nama-nama sebegini tidak akan boleh didaftarkan sebagai trademark.

2) Jika jenis produk diangkat menjadi jenama, ia tidak akan ada keunikan. Tujuan diwujudkan jenama adalah untuk mewujudkan keunikan dan membezakan di antara produk kita dengan produk orang lain di pasaran. Jika semua orang guna nama Collagen, macam mana hendak tahu perbezaan di antara produk-produk collagen yang ada di pasaran.

3) Kalau hendak pakai nama collagen juga, gabungkan dengan perkataan lain yang unik. Contoh, Collagen Seri Merbau. Angkat nama Seri Merbau di dalam kempen pemasaran. Dan nama yang boleh didaftar sebagai trademark adalah Seri Merbau, bukannya collagen.

4) Jangan guna nama tempat sebagai jenama produk, ia tidak akan diterima jika ingin daftarkannya sebagai trademark. Nama tempat tidak melambangkan keunikan.

5) Fokus kepada membina reputasi jenama, bukannya kepada jenis produk. Produk mungkin akan bertukar, tetapi jenama akan tetap kekal. Jika pelanggan sudah setia dengan jenama, keluarlah produk apa sekalipun, sudah pasti pengikut setia jenama akan membelinya.

6) Wajib daftar jenama sebagai trademark. Bisnes boleh runtuh sekelip mata jika tidak ada perlindungan terhadap jenama. Orang sekarang boleh keluarkan produk tiruan hanya semalaman dan budaya ciplak sudah menjadi amalan. Sediakan payung sebelum terlambat.

Semak Jenama Sebelum Daftar

Kebanyakan pemilik jenama hanya buat permohonan trademark bila bisnes dah berjalan. Jenama pun dan dipromosikan kepada pelanggan.

Dalam banyak keadaan, jenama yang diguna tu tak menepati syarat pendaftaran trademark atau mempunyai persamaan dengan trademark berdaftar sedia ada. Ini disebabkan takda pengetahuan berkenaan syarat pendaftaran trademark dan tak buat carian dulu sebelum lancarkan jenama. Jenama yang dah keluar tv pun ada yang menerima bantahan atas sebab yang sama.

Jika ini berlaku, bersedialah menerima surat bantahan dari MYIPO. Ada bantahan masih boleh dibuat rayuan dan boleh diluluskan dan ada juga yang peluang rayuan diterima teramatlah tipis atau takda langsung. Yang takda peluang langsung ni memang disarankan untuk tukar jenama. Rayuan untuk bantahan akan melibatkan kos (jika guna khidmat ejen) dan masa yang panjang untuk dapat keputusan. Jika rayuan ditolak, kena pergi sesi hearing pula. Tau ke cara nak kendalikan sesi hearing ni. Takkan nak tukar jenama, kos lagi tu.

Jadi disarankan kepada bakal pemilik jenama, buat sedikit research terutamanya carian trademark supaya pendaftaran jenama kita nanti tak bermasalah di kemudian hari.

Jenama vs Design

Saya biasa ditanya, terutama oleh pengusaha tudung dan pakaian. Perlu daftar jenama dahulu atau design pakaian dahulu. Kebanyakan mereka bila saya tanya balik soalan yang sama akan menjawab, design lebih utama sebab design mereka adalah design yang masih tidak ada di pasaran.

Ini respon saya.

Design pakaian tidak akan bertahan lama di pasaran. Design yang ‘meletop’ pada raya haji tahun ni tidak semestinya akan sama ‘meletop’ pada raya haji tahun depan. Malah design amat mudah diciplak dan apabila design diciplak berlainan sedikit, agak sukar sebenarnya untuk mengambil tindakan undang-undang.

Jadi, mulakan perniagaan dengan membina jenama. Daftarkannya sebagai trademark dan ciptakan nilai yang boleh ditawarkan oleh jenama tersebut. Tawarkan yang terbaik dan pengalaman membeli yang eksklusif kepada pelanggan. Jenama yang mendapat perhatian ramai, boleh ‘disewakan’ kepada yang berminat untuk pembukaan cawangan baru menerusi kaedah licensing. Ini akan memberi pendapatan pasif kepada tuan punya jenama hasil duit royalti.

Ambil contoh satu jenama tudung berjenama F. Walaupun design tudungnya bersepah dijual di pasar malam, pelanggan setianya masih sanggup beratur untuk membeli dari jenama yang asal. Itulah kekuatan jenama.

Pendaftaran trademark sah untuk tempoh 10 tahun dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun. Pendaftaran design pula terhad, maksima 15 tahun sahaja.

Pengalaman saya, puluhan jenama tudung dan pakaian telah saya berjaya daftarkan sebagai trademark. Dari asalnya operasi di dalam rumah, sampailah sekarang, ada yang jualan mencecah jutaan setahun. Mereka mulakan dengan membina jenama dan daftarkan sebagai trademark. Dan,tidak ada satupun design mereka yang telah didaftarkan.

The more you delay, the more you pay

Kisah ‘The more you delay, the more you pay’ dalam kelewatan mendaftarkan trademark.

Syarikat A telah melantik Ali sebagai CEO syarikat bagi mengetuai team pemasaran produk jam tawaf dengan jenama T. Sampai satu masa, Ali telah dipecat dari jawatan CEO kerana perbuatan khianat terhadap syarikat A.

Ali telah keluar dari Syarikat A dan membuka syarikat baru bagi menjual produk yang sama dengan jenama yang sama. Ali telah membuat permohonan jenama T di MyIPO di bawah nama syarikatnya dan mendapat kelulusan.

Syarikat A yang baru sahaja menyedari kepentingan mendaftar jenama telah membuat permohonan pendaftaran jenama T. Malangnya permohonan syarikat A telah mendapat bantahan kerana membuat permohonan trademark yang sama dengan trademark yang telah dimohon terlebih awal iaitu jenama T yang dimohon oleh syarikat Ali.

Syarikat A tidak berpuas hati kerana Jenama T adalah jenama yang di asaskan oleh syarikat A. Untuk mempertahankan jenama T, syarikat A terpaksa mengeluarkan kos untuk membuat rayuan atas bantahan dan dalam masa yang sama memfailkan notis bangkangan untuk mencabar permohonan trademark yang dimiliki syarikat Ali.

Kes ini masih berlarutan kerana prosiding bangkangan mengambil masa yang panjang dan kos yang tinggi.

Syarikat A menyesal kerana tidak membuat permohonan jenama T lebih awal dan sekarang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bagi mempertahankan jenama T miliknya. Untuk menukar jenama atau rebranding adalah agak mustahil kerana ratusan ribu ringgit telah dikeluarkan untuk membuat promosi, pembelian produk dan pelabelan Jenama T pada jam tawaf yang dijual.

Syarikat A tiada pilihan selain mempertahankan jenama T yang diasaskannya.

‘The more you delay, the more you pay’

Perbezaan Di Antara Paten, Cap Dagangan, Hak Cipta & Rekabentuk Industri

Di dalam undang-undang harta intelek, pemilik sesuatu harta intelek diberi hak-hak eksklusif terhadap pelbagai jenis harta tidak ketara seperti muzik, penulisan, lukisan, penemuan dan ciptaan, perkataan, simbol dan reka bentuk. Di antara jenis-jenis harta intelek yang biasa dikenali ialah paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian dan hak cipta. Ramai di antara kita mungkin biasa dengan istilah-istilah seperti paten, cap dagangan dan hak cipta, namun tidak ramai yang mengetahui apakah maksud di sebalik istilah-istilah ini dan perbezaannya.

Secara umumnya, paten (patent – bukannya ‘pattern’) merujuk kepada ciptaan baru atau inovasi terhadap produk sedia ada. Jika kita telah merekacipta sesuatu ciptaan baru atau teknologi yang masih belum wujud di dunia ini, maka ciptaan ini boleh dilindungi di bawah paten dan setiap perlindungan paten sah untuk tempoh 20 tahun. Perlindungan paten bermaksud pemilik paten tersebut boleh mengambil tindakan di bawah undang-undang paten sekiranya paten miliknya ditiru atau disalahguna oleh pihak lain.

Continue reading Perbezaan Di Antara Paten, Cap Dagangan, Hak Cipta & Rekabentuk Industri

Tip Pendaftaran Jenama Sebagai Cap Dagangan

Artikel terakhir saya dengan Majalah Niaga adalah berkenaan tip-tip untuk mencipta cap dagangan, satu panduan untuk usahawan mencipta jenama yang sesuai untuk didaftarkan sebagai cap dagangan. Alhamdulillah, sejak artikel ini diterbitkan, ramai yang memberikan respon yang baik dan dapat mencipta cap dagangan yang sesuai dengan kehendak undang-undang dan prosedur pendaftaran cap dagangan.

Rentetan dari artikel tersebut, saya ingin mengetengahkan satu lagi tip penting bagaimana untuk mencipta jenama yang baik, yang sesuai untuk didaftarkan sebagai cap dagangan dan mengelakkan sebarang bantahan dan bangkangan daripada pihak pendaftar dan pihak ketiga.

Untuk makluman semua, sistem pendaftaran cap dagangan di Malaysia adalah berdasarkan kaedah ‘first come first served’,  sesiapa yang telah mendaftarkan sesuatu cap dagangan terlebih dahulu, maka dia akan dapat hak pendaftaran terhadap cap dagangan tersebut. Jika ada pihak cuba memohon pendaftaran cap dagangan yang sama atau hampir sama pada kemudiannya, permohonan tersebut akan ditolak.

Akta Cap Dagangan 1976 juga melarang pendaftaran cap dagangan yang sama atau menyerupai cap dagangan yang telah sedia didaftarkan kerana ini akan mendatangkan kekeliruan kepada pengguna untuk membezakan kedua-dua cap dagangan tersebut bagi sesuatu produk atau perkhidmatan.

Saya berikan satu contoh, En. Nizam telah membuat permohonan pendaftaran bagi cap dagangan ‘Elephant’ untuk produk kasut pada 23 October 2013. Pada 1 Disember 2013, En. Alias cuba membuat permohonan cap dagangan yang sama, ‘Elephant’, juga untuk produk kasut.

Berdasarkan kaedah ‘first come first served’, permohonan En Nizam akan diluluskan oleh pihak pendaftar kerana beliau adalah orang yang pertama membuat permohonan untuk mendaftarkan cap dagangan ‘Elephant’ untuk produk kasut. Manakala permohonan En Alias akan ditolak kerana cuba memohon pendaftaran cap dagangan yang sama dengan cap dagangan yang telah dipohon terlebih dahulu.

Bagi mengelakkan berlakunya masalah permohonan cap dagangan yang sama, adalah digalakkan kepada pemilik-pemilik cap dagangan untuk membuat carian terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan pendaftaran cap dagangan. Carian boleh dilakukan di pejabat Perbadanan Harta Intelek Malaysia atau boleh mendapatkan khidmat ejen cap dagangan yang berdaftar.

Jika hasil carian menunjukkan sudah ada cap dagangan yang sama telah didaftarkan, pemilik boleh mengubah atau menukar cap dagangan yang ingin didaftarkan bagi mengelakkan persamaan berlaku. Jika keputusan adalah sebaliknya, permohonan boleh diteruskan oleh pemilik.

Carian cap dagangan juga penting bagi mengetahui sama ada cap dagangan yang sedang kita gunakan telah didaftarkan terlebih dahulu oleh pihak lain. Jika cap dagangan yang sedang kita gunakan telah didaftarkan terlebih dahulu oleh pihak lain, kita akan berhadapan risiko dikenakan tindakan undang-undang oleh pemilik cap dagangan yang berdaftar tadi kerana menggunakan cap dagangan berdaftar tanpa kebenaran pemiliknya.

Jika tindakan undang-undang dikenakan, sudah pasti perniagaan kita akan mengalami masalah dan ada kemungkinan terpaksa ditutup. Jadi pastikan jenama yang diguna pakai sekarang menepati kehendak undang-undang cap dagangan bagi mengelakkan masalah berlaku kepada perniagaan.

Artikel asal dari Majalah Niaga

Watak Animasi Sebagai Cap Dagangan

Sepanjang saya mengendalikan pendaftaran dan sesi penerangan berkenaan cap dagangan, masih ramai yang keliru apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan cap dagangan. Ada yang beranggapan cap dagangan hanyalah melibatkan logo sahaja dan ada juga yang merujuk cap dagangan sebagai nama syarikat.

Pendaftaran cap dagangan tidaklah merujuk kepada logo atau nama syarikat semata-mata. Ia merangkumi pelbagai aspek termasuklah karakter kartun, tandatangan, gambar, tanda, perkataan, huruf dan simbol. Sebagai contoh, jika anda seorang pelukis atau penerbit kartun animasi dan watak animasi tersebut telah menjadi kegilaan peminat, anda boleh mendaftarkan watak atau karakter animasi tersebut sebagai cap dagangan. Cap dagangan watak atau karakter animasi ini kebiasaannya akan dijadikan sebagai jenama barangan aksesori atau pakaian.

Dengan pendaftaran watak atau karakter animasi sebagai cap dagangan, ia akan mengukuhkan lagi perlindungan kepada watak animasi tersebut. Jika anda seorang pelukis atau penerbit rancangan animasi, daftar watak animasi anda sebagai cap dagangan bagi mendapatkan perlindungan di bawah undang-undang cap dagangan. Continue reading Watak Animasi Sebagai Cap Dagangan

Adakah pendaftaran cap dagangan wajib?

Jawapannya ialah tidak. Pendaftaran cap dagangan tidaklah menjadi kewajipan sebagaimana pendaftaran syarikat atau perniagaan jika ingin memulakan perniagaan. Namun begitu, pendaftaran cap dagangan bagi produk dan perkhidmatan adalah amat penting bagi mendapatkan hak eksklusif terhadap sesuatu cap dagangan serta mendapat perlindungan undang-undang sekiranya berlaku pelanggaran hak cap dagangan seperti cap dagangan digunakan tanpa kebenaran, cap dagangan ditiru dan sebagainya.

Kesan cap dagangan yang tidak didaftarkan ialah sukar untuk mendapatkan perlindungan undang-undang sekiranya berlaku kes-kes pelanggaran cap dagangan sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Kes masih lagi boleh di bawa ke mahkamah tetapi memerlukan pelbagai bukti dan keterangan bagi menyokong sesuatu kes dan kebiasaannya ia sukar dilakukan.

Jika cap dagangan telah didaftarkan, sijil pendaftaran cap dagangan merupakan bukti nyata bahawa pemilik sejil tersebut adalah pemilik sah cap dagangan tersebut. Dengan sijil pendaftaran tersebut, adalah lebih mudah bagi mahkamah bagi memutuskan sesuatu kes yang melibatkan pelanggaran cap dagangan.

Jadi kesimpulannya, pendaftaran cap dagangan penting bagi memberi perlindungan kepada cap dagangan dan juga pemiliknya dari kes-kes yang melibatkan pelanggaran cap dagangan yang boleh memberi kerugian besar kepada pemiliknya di kemudian hari.

Daftar Harta Intelek Anda Sekarang!

Untuk makluman semua, tahun ini dijangkakan Akta Cap Dagangan dan juga Akta Paten akan dipinda bagi memasukkan beberapa baru dan juga penambahbaikan kepada sistem cap dagangan dan paten sedia ada.  Saya juga mendapat maklumat bahawa bayaran untuk permohonan cap dagangan dan paten akan dinaikkan selepas pindaan akta nanti. Cuma sehingga hari ini tiada sebarang maklumat mengenai berapa kadar kenaikan tersebut.

Untuk rekod, ketika ini bayaran pendaftaran harta intelek terutamanya cap dagangan di Malaysia adalah antara yang terendah di dunia.

Jadi sementara harga masih rendah ni, saya sarankan anda yang mempunyai sebarang harta intelek mendaftar segera.

Jika anda perlukan perkhidmatan pendaftaran cap dagangan, boleh hubungi saya di talian 019-3781629 (Azizi) atau emel azizi.zulkefli@bluerich.com.my

UPDATE: Untuk melihat kos permohonan cap dagangan secara terperinci, boleh ke laman berikut:

http://www.zeralogies.com/kos-permohonan-cap-dagangan/

whatsaap blue rich