Tag Archives: Cap Dagangan

Tip Mencipta Jenama Sendiri

Memandangkan sekarang ramai yang hendak buat produk sendiri, ini sedikit panduan dalam strategi penjenamaan. 1) Jangan jadikan jenis produk sebagai jenama. Sebagai contoh, jika menjual collagen, jangan jadikan collagen itu sebagai nama utama, seperti collagen gold, collagen plus dan lain-lain. Nama-nama sebegini tidak akan boleh didaftarkan sebagai trademark. 2) Jika jenis produk diangkat menjadi jenama,… Read More »

Semak Jenama Sebelum Daftar

Kebanyakan pemilik jenama hanya buat permohonan trademark bila bisnes dah berjalan. Jenama pun dan dipromosikan kepada pelanggan. Dalam banyak keadaan, jenama yang diguna tu tak menepati syarat pendaftaran trademark atau mempunyai persamaan dengan trademark berdaftar sedia ada. Ini disebabkan takda pengetahuan berkenaan syarat pendaftaran trademark dan tak buat carian dulu sebelum lancarkan jenama. Jenama yang… Read More »

The more you delay, the more you pay

Kisah ‘The more you delay, the more you pay’ dalam kelewatan mendaftarkan trademark. Syarikat A telah melantik Ali sebagai CEO syarikat bagi mengetuai team pemasaran produk jam tawaf dengan jenama T. Sampai satu masa, Ali telah dipecat dari jawatan CEO kerana perbuatan khianat terhadap syarikat A. Ali telah keluar dari Syarikat A dan membuka syarikat… Read More »

Perbezaan Di Antara Paten, Cap Dagangan, Hak Cipta & Rekabentuk Industri

Di dalam undang-undang harta intelek, pemilik sesuatu harta intelek diberi hak-hak eksklusif terhadap pelbagai jenis harta tidak ketara seperti muzik, penulisan, lukisan, penemuan dan ciptaan, perkataan, simbol dan reka bentuk. Di antara jenis-jenis harta intelek yang biasa dikenali ialah paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian dan hak cipta. Ramai di antara kita mungkin biasa dengan… Read More »

Tip Pendaftaran Jenama Sebagai Cap Dagangan

Artikel terakhir saya dengan Majalah Niaga adalah berkenaan tip-tip untuk mencipta cap dagangan, satu panduan untuk usahawan mencipta jenama yang sesuai untuk didaftarkan sebagai cap dagangan. Alhamdulillah, sejak artikel ini diterbitkan, ramai yang memberikan respon yang baik dan dapat mencipta cap dagangan yang sesuai dengan kehendak undang-undang dan prosedur pendaftaran cap dagangan. Rentetan dari artikel… Read More »

Watak Animasi Sebagai Cap Dagangan

Sepanjang saya mengendalikan pendaftaran dan sesi penerangan berkenaan cap dagangan, masih ramai yang keliru apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan cap dagangan. Ada yang beranggapan cap dagangan hanyalah melibatkan logo sahaja dan ada juga yang merujuk cap dagangan sebagai nama syarikat. Pendaftaran cap dagangan tidaklah merujuk kepada logo atau nama syarikat semata-mata. Ia merangkumi pelbagai aspek… Read More »

Adakah pendaftaran cap dagangan wajib?

Jawapannya ialah tidak. Pendaftaran cap dagangan tidaklah menjadi kewajipan sebagaimana pendaftaran syarikat atau perniagaan jika ingin memulakan perniagaan. Namun begitu, pendaftaran cap dagangan bagi produk dan perkhidmatan adalah amat penting bagi mendapatkan hak eksklusif terhadap sesuatu cap dagangan serta mendapat perlindungan undang-undang sekiranya berlaku pelanggaran hak cap dagangan seperti cap dagangan digunakan tanpa kebenaran, cap… Read More »

Daftar Harta Intelek Anda Sekarang!

Untuk makluman semua, tahun ini dijangkakan Akta Cap Dagangan dan juga Akta Paten akan dipinda bagi memasukkan beberapa baru dan juga penambahbaikan kepada sistem cap dagangan dan paten sedia ada.  Saya juga mendapat maklumat bahawa bayaran untuk permohonan cap dagangan dan paten akan dinaikkan selepas pindaan akta nanti. Cuma sehingga hari ini tiada sebarang maklumat… Read More »

PETIKAN BERITA: Malaysia paling pantas lulus daftar harta intelek

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi negara terpantas di dunia meluluskan tempoh pendaftaran pemilikan harta intelek berbanding Australia, Jepun dan Korea, bermula 1 Februari ini. Penambahbaikan itu merangkumi tempoh pendaftaran paten daripada 39 kepada 26 bulan untuk permohonan biasa tetapi boleh disingkatkan kepada 20 bulan jika pemohon mahu dipercepatkan. Pendaftaran cap dagangan pula disingkatkan daripada 18… Read More »