ANUGERAHKAN JENAMA PRODUK ANDA TARAF 7 BINTANG

Jenama-jenama besar seperti Adidas, Google, Nike, Mc Donald dan tak lupa jenama tempatan seperti Maxis, Adabi dan Ramly adalah jenama-jenama bertaraf 7 bintang dan ke semuanya ada satu persamaan >>>>>
.
.
>>> Persamaan mereka adalah, ke semua jenama besar ini telah berdaftar sebagai trademark. Pendaftaran trademark memberi perlindungan undang-undang terhadap jenama yang didaftarkan.
.
.
Jenama anda juga boleh setaraf dengan jenama-jenama besar ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah >>>
.
.
>>>daftar segera jenama anda sebagai trademark sebelum:
.
.
Jenama anda diciplak orang lain
Jenama anda disalahguna pihak lain untuk tujuan tidak baik
Orang lain daftar jenama anda dan anda tidak lagi boleh menggunakan jenama anda sendiri!
Anda di saman kerana guna jenama orang lain yang sudah berdaftar
.
.
MACAM MANA NAK DAFTAR??
.
.
Serahkan kepada kami. Kami adalah ejen berdaftar dengan agensi harta intelek di bawah KPDNKK dan pakar dalam menguruskan pendaftaran trademark dengan pengalaman lebih dari 10 tahun.
.
.
Antara klien kami adalah Mr DIY, Sharp Electronic Malaysia, Aman Palestine, TNB dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
.
Kami akan membantu anda membuat pendaftaran trademark dari segi:

.
 Semakan jenama
 Proses permohonan
 Proses pewartaan
 Pengeluaran sijil

Dalam makna kata lain, kami uruskan dari A sampai Z. Sampai anda dapat sijil!
.
.
Untuk mendaftar atau pertanyaan lanjut, whatsaap kami dengan klik link di bawah:
.
.
http://trademark1.wasap.my/
http://trademark2.wasap.my/

PETIKAN BERITA: Menteri akui sukar banteras muat turun haram

Undang-undang perlu dipinda bagi membolehkan kerajaan mengawal kegiatan cetak rompak dan muat turun secara haram, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri.

Katanya, peruntukan sedia anda menghalang penguatkuasaan ke atas kegiatan tersebut yang semakin berkembang dengan kepesatan teknologi baru.

Beliau juga meredakan kebimbangan orang ramai terhadap pindaan Akta Hakcipta, yang dikhuatiri akan memberi ruang kepada penguatkuasa bagi menceroboh kediaman mereka dan mencari bahan-bahan terlarang berkenaan.
Continue reading PETIKAN BERITA: Menteri akui sukar banteras muat turun haram

Bengkel Pengkomersilan Paten

Salam,

Sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini atas sebab-sebab kekangan tugas dan waktu. Ditambah pula dengan keadaan sambungan internet yang tidak berapa baik di rumah, agak susah untuk saya akses ke laman ‘back end’ blog ini. Tapi alhamdulillah, selepas berpindah ke rumah baru, sambungan internet nampaknya semakin baik.

Untuk pos kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya menghadiri bengkel pengkomersilan paten di Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia. Penceramah adalah Dr. Faiz F. Sherman, pegawai penyelidikan dari Procter & Gamble Amerika Syarikat. Procter & Gamble terkenal dengan jenama-jenama seperti Gillette, Hugo Boss, Oral-B dan Pampers.

Di bawah adalah gambar-gambar sekitar bengkel:

Image456 Continue reading Bengkel Pengkomersilan Paten

PETIKAN BERITA – MyIPO kaji isu perkataan ‘live’


Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamel Mohamad.

Dapat kerjasama badan royalti tempatan dan artis sendiri yang memahami Akta Hak Cipta 1987

BERHUBUNG dengan tuntutan Performers & Artistes Rights (M) Sdn Bhd (Prism) dan juga Majlis Muzik Malaysia (MMM) mengenai isu perkataan ‘live’ di dalam artikel 16A (1) Akta Hak Cipta 1987 berkait dengan hak persembahan pelaku mengelirukan, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sedang dalam peringkat mengkaji secara terperinci sebelum keputusan dibuat.

Ketua Pengarahnya, Kamel Mohamad berkata, bermula tahun ini tiga akta iaitu Paten, Rekabentuk termasuk Hak Cipta adalah sasaran utama pihaknya agar sistem perundangan negara menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing dengan sistem di negara luar.

“MyIPO turut menerima banyak aduan dan cadangan, baik daripada badan royalti mahupun secara terus dari artis yang memahami berkaitan Akta Hak Cipta 1987. Continue reading PETIKAN BERITA – MyIPO kaji isu perkataan ‘live’

PETIKAN BERITA – Akta Hak Cipta Akan Dipinda Bagi Bela Karyawan Tanah Air

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) — Akta Hak Cipta 1987 akan dikaji semula bagi melindungi karyawan muzik dan artis tanah air daripada dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum.

Beliau berkata karyawan muzik sering menjadi mangsa ekoran kewujudan laman web yang menawarkan aktiviti muat turun secara percuma dan pindaan terhadap rang undang-undang itu perlu disegerakan bagi membendungnya daripada terus berleluasa.

“Sudah tiba masanya kerajaan mengkaji dan meminda hak cipta bagi melindungi para karyawan muzik dan harta intelek daripada segala bentuk penipuan dan eksploitasi.

“Hukuman keras patut dikenakan ke atas laman web yang menggunakan muzik tanpa lesen daripada pemilik hak ciptanya,” kata Salang ketika ditemubual dalam program Bual Bicara Eksklusif di Radio Malaysia Klasik Nasional yang bersiaran pada frekuensi 98.3fm Isnin.

Salang ditemubual selama setengah jam oleh Pengurus Radio Malaysia Klasik Nasional Chuari Selamat dan Penerbit Rancangan Radio Klasik Nasional Khalim Rohani.

Dalam temubual itu, Salang turut memberitahu bahawa kerajaan telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia untuk menyediakan kertas cadangan mengenai penyediaan perkhidmatan internet pada kadar yang rendah.

“Rakyat mengharapkan kos internet pada kadar yang rendah ketika kemajuan telekomunikasi dan internet di Malaysia semakin pesat

“Kerajaan menyedari kos internet di Malaysia masih tinggi, oleh itu kerajaan meminta SKMM dan Telekom Malaysia menyediakan kertas cadangan yang akan dibentangkan di Parlimen Februari depan,” katanya.

Mengenai penerimaan rakyat terhadap konsep 1Malaysia, Salang dalam sidang media selepas itu berkata rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak telah mula menghayati dan memahami konsep tersebut menerusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

“Di Sarawak (contohnya) dalam satu keluarga memang pelbagai agama pun ada, tidak hairan saya katakan dalam keluarga-keluarga tertentu ada yang beragama Buddha, Hindu, Islam atau Kristian, ini (isu agama) memang tidak disentuh kerana ia adalah kehendak dan kemahuan seseorang.

“Kelainan antara kita maka lebih rapat perhubungan kita antara satu sama lain, kalau kita tidak mengambil kelainan ini sebagai satu isu, kita boleh menerima kepelbagaian itu, ia adalah menjadi aset utama negara kita dan untuk menceriakan lagi suasana (perpaduan) di negara ini,” kata Salang yang juga anggota Parlimen Julau di Sarawak.

— BERNAMA

Apa Itu Harta Intelek? (Pengenalan Kepada Harta Intelek 2)

Salam dan selamat sejahtera. Untuk tambahan kepada artikel saya yang lepas berkenaan pengenalan kepada harta intelek, saya akan memberikan pengenalan apakah itu harta intelek sebagaimana pengenalan yang diberikan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia menerusi laman webnya http://www.myipo.gov.my.

Harta intelek merujuk kepada ciptaan yang diperoleh dari akal fikiran termasuk hasil kerja sastera dan seni, simbol, nama, imej dalam pelbagai bentuk sama ada gambar atau lukisan dan reka bentuk yang digunakan di dalam perdagangan atau perniagaan.

Harta intelek terbahagi kepada dua kategori iaitu Harta Industri dan Hak Cipta. Harta Industri merangkumi Cap Dagangan, Paten, Reka Bentuk Perindustrian dan Petunjuk Geogragi. Hak Cipta pula merangkumi hasil kerja sastera dan seni seperti novel, puisi, persembahan, filem, hasil karya muzik, lukisan, gambar, ukiran dan reka bentuk bangunan. Hak-hak berkaitan Hak Cipta juga melibatkan persembahan artis, penerbitan rakaman bunyi dan juga program-program dalam penyiaran radio dan televisyen.

Satu lagi cabang harta intelek yang tidak dinyatakan sebelum ini ialah Variati Tumbuhan (Plant Variety). Variati Tumbuhan merujuk kepada hak eksklusif yang diberikan kepada pengusaha atau pembiak baka tumbuhan untuk mengeksploitasi kepelbagaian baka baru bagi tumbuhan. Walaubagaimanapun, urusan pentadbiran dan pendaftaran Variati tumbuhan tidak dijalankan oleh MyIPO, sebaliknya dijalankan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.

Sekian untuk kali ini..