ANUGERAHKAN JENAMA PRODUK ANDA TARAF 7 BINTANG

Jenama-jenama besar seperti Adidas, Google, Nike, Mc Donald dan tak lupa jenama tempatan seperti Maxis, Adabi dan Ramly adalah jenama-jenama bertaraf 7 bintang dan ke semuanya ada satu persamaan >>>>>
.
.
>>> Persamaan mereka adalah, ke semua jenama besar ini telah berdaftar sebagai trademark. Pendaftaran trademark memberi perlindungan undang-undang terhadap jenama yang didaftarkan.
.
.
Jenama anda juga boleh setaraf dengan jenama-jenama besar ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah >>>
.
.
>>>daftar segera jenama anda sebagai trademark sebelum:
.
.
Jenama anda diciplak orang lain
Jenama anda disalahguna pihak lain untuk tujuan tidak baik
Orang lain daftar jenama anda dan anda tidak lagi boleh menggunakan jenama anda sendiri!
Anda di saman kerana guna jenama orang lain yang sudah berdaftar
.
.
MACAM MANA NAK DAFTAR??
.
.
Serahkan kepada kami. Kami adalah ejen berdaftar dengan agensi harta intelek di bawah KPDNKK dan pakar dalam menguruskan pendaftaran trademark dengan pengalaman lebih dari 10 tahun.
.
.
Antara klien kami adalah Mr DIY, Sharp Electronic Malaysia, Aman Palestine, TNB dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
.
Kami akan membantu anda membuat pendaftaran trademark dari segi:

.
 Semakan jenama
 Proses permohonan
 Proses pewartaan
 Pengeluaran sijil

Dalam makna kata lain, kami uruskan dari A sampai Z. Sampai anda dapat sijil!
.
.
Untuk mendaftar atau pertanyaan lanjut, whatsaap kami dengan klik link di bawah:
.
.
http://trademark1.wasap.my/
http://trademark2.wasap.my/

Kes Konflik Trademark

Minggu ni saya dan team saya menerima dua kes masalah penggunaan trademark yang mempunyai konflik.

Kedua-duanya adalah melibatkan produk kosmetik yang menggunakan nama yang serupa.

Berlaku ugut-mengugut di antara pemilik produk. Ada yang nak menyaman, dan ada yang nak menyaman balik. Hari-hari berlawan whatsaap nak mempertahankan jenama masing-masing.

Sedih pun ada tengok apa yang berlaku. Masalahnya nasi dah jadi bubur. Duit dah berpuluh ribu keluar untuk buat produk, tapi akhirnya bergaduh dengan pemilik jenama lain sebab “ter”pakai jenama orang.

Saranan saya, sebelum keluar produk, pilih jenama yang betul dan buat semakan trademark dulu sebelum keluar produk. Dah pilih jenama, buat permohonan trademark secepat mungkin.

Dan pastikan monitor permohonan sampai dapat sijil. Bukan setakat buat permohonan sahaja lepas tu biarkan.

Jika perlukan sebarang bantuan untuk mendaftar trademark atau trademark menghadapi masalah bantahan atau bangkangan, boleh hubungi saya.

 

*Gambar sekadar hiasan

Rayuan Cap Dagangan

Selain dari menguruskan pendaftaran, tugas sebagai ejen trademark juga termasuk membuat rayuan untuk trademark yang menerima bantahan dari MyIPO.

Jika permohonan yang saya uruskan dari peringkat awal biasanya jarang mendapat bantahan kerana semakan telah dibuat terlebih dahulu. Tetapi, untuk yang membuat permohonan sendiri, banyak permohonan yang mendapat bantahan dan datang kepada saya untuk bantuan membuat rayuan.

Dan ada di antara bantahan yang diterima hampir tidak mempunyai peluang langsung untuk berjaya di dalam rayuan.

Antara sebab bantahan adalah tidak mengikut syarat pendaftaran yang ditetapkan Akta dan juga mempunyai persamaan dengan trademark yang sudah sedia ada.

Rayuan mesti difailkan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh surat bantahan. Jika tidak membuat rayuan, permohonan akan dibatalkan dan jika lewat membuat rayuan, penalti lewat akan dikenakan.

Hubungi saya 019-3781629 jika anda memerlukan bantuan untuk membuat rayuan cap dagangan.

Watak Animasi Sebagai Cap Dagangan

Sepanjang saya mengendalikan pendaftaran dan sesi penerangan berkenaan cap dagangan, masih ramai yang keliru apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan cap dagangan. Ada yang beranggapan cap dagangan hanyalah melibatkan logo sahaja dan ada juga yang merujuk cap dagangan sebagai nama syarikat.

Pendaftaran cap dagangan tidaklah merujuk kepada logo atau nama syarikat semata-mata. Ia merangkumi pelbagai aspek termasuklah karakter kartun, tandatangan, gambar, tanda, perkataan, huruf dan simbol. Sebagai contoh, jika anda seorang pelukis atau penerbit kartun animasi dan watak animasi tersebut telah menjadi kegilaan peminat, anda boleh mendaftarkan watak atau karakter animasi tersebut sebagai cap dagangan. Cap dagangan watak atau karakter animasi ini kebiasaannya akan dijadikan sebagai jenama barangan aksesori atau pakaian.

Dengan pendaftaran watak atau karakter animasi sebagai cap dagangan, ia akan mengukuhkan lagi perlindungan kepada watak animasi tersebut. Jika anda seorang pelukis atau penerbit rancangan animasi, daftar watak animasi anda sebagai cap dagangan bagi mendapatkan perlindungan di bawah undang-undang cap dagangan. Continue reading Watak Animasi Sebagai Cap Dagangan

Pendaftaran Cap Dagangan Permulaan Kepada Jenama Yang Kukuh

Ramai yang tidak menyedari bahawa pendaftaran cap dagangan merupakan permulaan kepada pembinaan jenama yang kukuh. Ini kerana jenama yang tidak didaftarkan sebagai cap dagangan terdedah kepada risiko serangan dan eksploitasi pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

DAFTAR JENAMA ANDA SEBELUM IA DIDAFTARKAN OLEH ORANG LAIN

Jika hari ini anda memiliki jenama yang semakin diterima masyarakat, daftarkannya secepat mungkin sebelum pihak lain cuba mendaftarkannya atas nama mereka. Dalam sistem pendaftaran cap dagangan, siapa yang daftar dahulu akan mendapat hak prioriti terhadap cap dagangan tersebut dan jika anda cuba mendaftar cap dagangan yang sama, permohonan anda sudah pasti akan dibantah oleh pihak pendaftar dan anda perlu membuat hujahan atau rayuan untuk membuktikan bahawa andalah pemilik sebenar cap dagangan tersebut.

Untuk mengemukakan hujahan bukanlah sesuatu yang mudah dan melibatkan kos dan masa. Perniagaan anda mungkin terjejas akibat kelewatan anda mendaftar jenama tersebut, disebabkan masalah pendaftaran tadi. Dan yang paling teruk anda mungkin kehilangan jenama anda disebabkan anda gagal mengemukakan bukti dan hujahan yang anda adalah pemilik sah cap dagangan atau jenama tersebut. Continue reading Pendaftaran Cap Dagangan Permulaan Kepada Jenama Yang Kukuh

Perkhidmatan Pendaftaran Cap Dagangan (Trade Mark)

Kepada semua usahawan di luar sana, mulai hari ini saya menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan pendaftaran cap dagangan di Malaysia dan juga luar negara. Antara perkhidmatan yang saya tawarkan ialah:

  • Carian cap dagangan
  • Penentuan kelas barangan cap dagangan
  • Pengisian borang permohonan cap dagangan
  • Menghantar permohonan cap dagangan ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
  • Pindaan perkara-perkara berkaitan cap dagangan
  • Menyediakan hujahan bertulis untuk rayuan pendaftaran cap dagangan
  • Mewakili pemohon untuk sesi pendengaran (hearing) bagi tujuan rayuan pendaftaran cap dagangan
  • Memproses borang setujuterima untuk penerbitan warta kerajaan
  • Pembaharuan cap dagangan
  • Mengendalikan kes bangkangan ke atas cap dagangan (trade mark opposition)
  • Mengendalikan proses pendaftaran cap dagangan di luar negara.

Jika memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan di atas, sila hubungi saya untuk mendapatkan sebut harga. Harga yang ditawarkan insyaAllah berpatutan.

Tel: 019-3781629 (Azizi)          Emel: azizizulkefli@gmail.com

*Urusan pendaftaran cap dagangan akan diuruskan oleh saya sendiri menerusi syarikat AsicoNextech Sdn Bhd. , Ejen Cap Dagangan berdaftar dengan MyIPO