Semak Jenama Sebelum Daftar

Kebanyakan pemilik jenama hanya buat permohonan trademark bila bisnes dah berjalan. Jenama pun dan dipromosikan kepada pelanggan.

Dalam banyak keadaan, jenama yang diguna tu tak menepati syarat pendaftaran trademark atau mempunyai persamaan dengan trademark berdaftar sedia ada. Ini disebabkan takda pengetahuan berkenaan syarat pendaftaran trademark dan tak buat carian dulu sebelum lancarkan jenama. Jenama yang dah keluar tv pun ada yang menerima bantahan atas sebab yang sama.

Jika ini berlaku, bersedialah menerima surat bantahan dari MYIPO. Ada bantahan masih boleh dibuat rayuan dan boleh diluluskan dan ada juga yang peluang rayuan diterima teramatlah tipis atau takda langsung. Yang takda peluang langsung ni memang disarankan untuk tukar jenama. Rayuan untuk bantahan akan melibatkan kos (jika guna khidmat ejen) dan masa yang panjang untuk dapat keputusan. Jika rayuan ditolak, kena pergi sesi hearing pula. Tau ke cara nak kendalikan sesi hearing ni. Takkan nak tukar jenama, kos lagi tu.

Jadi disarankan kepada bakal pemilik jenama, buat sedikit research terutamanya carian trademark supaya pendaftaran jenama kita nanti tak bermasalah di kemudian hari.

Kes Konflik Trademark

Minggu ni saya dan team saya menerima dua kes masalah penggunaan trademark yang mempunyai konflik.

Kedua-duanya adalah melibatkan produk kosmetik yang menggunakan nama yang serupa.

Berlaku ugut-mengugut di antara pemilik produk. Ada yang nak menyaman, dan ada yang nak menyaman balik. Hari-hari berlawan whatsaap nak mempertahankan jenama masing-masing.

Sedih pun ada tengok apa yang berlaku. Masalahnya nasi dah jadi bubur. Duit dah berpuluh ribu keluar untuk buat produk, tapi akhirnya bergaduh dengan pemilik jenama lain sebab “ter”pakai jenama orang.

Saranan saya, sebelum keluar produk, pilih jenama yang betul dan buat semakan trademark dulu sebelum keluar produk. Dah pilih jenama, buat permohonan trademark secepat mungkin.

Dan pastikan monitor permohonan sampai dapat sijil. Bukan setakat buat permohonan sahaja lepas tu biarkan.

Jika perlukan sebarang bantuan untuk mendaftar trademark atau trademark menghadapi masalah bantahan atau bangkangan, boleh hubungi saya.

 

*Gambar sekadar hiasan

Rayuan Cap Dagangan

Selain dari menguruskan pendaftaran, tugas sebagai ejen trademark juga termasuk membuat rayuan untuk trademark yang menerima bantahan dari MyIPO.

Jika permohonan yang saya uruskan dari peringkat awal biasanya jarang mendapat bantahan kerana semakan telah dibuat terlebih dahulu. Tetapi, untuk yang membuat permohonan sendiri, banyak permohonan yang mendapat bantahan dan datang kepada saya untuk bantuan membuat rayuan.

Dan ada di antara bantahan yang diterima hampir tidak mempunyai peluang langsung untuk berjaya di dalam rayuan.

Antara sebab bantahan adalah tidak mengikut syarat pendaftaran yang ditetapkan Akta dan juga mempunyai persamaan dengan trademark yang sudah sedia ada.

Rayuan mesti difailkan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh surat bantahan. Jika tidak membuat rayuan, permohonan akan dibatalkan dan jika lewat membuat rayuan, penalti lewat akan dikenakan.

Hubungi saya 019-3781629 jika anda memerlukan bantuan untuk membuat rayuan cap dagangan.

Cap Dagangan & Nama Syarikat (2)

Saya telah mendapat satu lagi persoalan tentang cap dagangan dan nama syarikat dari pembaca. Soalannya lebih kurang begini, jika nak daftar cap dagangan, perlu ke saya daftar syarikat terlebih dahulu atau daftar dahulu atas nama individu.

Jawapan saya, jika nama syarikat dan cap dagangan adalah sama, adalah lebih baik daftar nama syarikat dahulu. Ini kerana jika cap dagangan berasaskan nama syarikat, peluang untuk didaftarkan adalah lebih tinggi. Ini berdasarkan keperluan sekseyn 10 (1) (a) Akta Cap Dagangan yang mengatakan antara ciri-ciri cap dagangan yang boleh didaftarkan adalah nama syarikat atau individu.

Namun begitu, cap dagangan tersebut boleh didaftarkan dahulu atas nama individu dan kemudian dipindah milik menerusi assignment kepada syarikat. Walaubagaimanapun, assignment atau serahhak ini hanya boleh dilakukan setelah cap dagangan berjaya didaftarkan. Jika masih lagi di dalam proses, permohonan untuk serahhak ini tidak akan diproses.

Bagi saya, adalah lebih elok daftarkan dahulu nama syarikat kerana pendaftaran syarikat memakan masa yang lebih pendek berbanding cap dagangan. Setelah syarikat berjaya didaftarkan, daftarkan cap dagangan tersebut di bawah nama syarikat secepat mungkin.

Prosedur Pendaftaran Cap Dagangan di Malaysia

Pada entri yang lepas, saya telah menjawab satu e-mel dari pembaca yang bertanyakan tentang prosedur pendaftaran cap dagangan atau trade mark. Disebabkan kesuntukan masa, saya hanya sempat membalas secara ringkas emel tersebut.

Kali ini, saya akan menerangkan lebih lagi berkenaan prosedur pendaftaran cap dagangan. Ini bagi membantu masyarakat di luar sana untuk mendaftarkan jenama sesuatu produk atau perkhidmatan yang di tawarkan oleh mereka. Continue reading Prosedur Pendaftaran Cap Dagangan di Malaysia