Kes Konflik Trademark

Minggu ni saya dan team saya menerima dua kes masalah penggunaan trademark yang mempunyai konflik.

Kedua-duanya adalah melibatkan produk kosmetik yang menggunakan nama yang serupa.

Berlaku ugut-mengugut di antara pemilik produk. Ada yang nak menyaman, dan ada yang nak menyaman balik. Hari-hari berlawan whatsaap nak mempertahankan jenama masing-masing.

Sedih pun ada tengok apa yang berlaku. Masalahnya nasi dah jadi bubur. Duit dah berpuluh ribu keluar untuk buat produk, tapi akhirnya bergaduh dengan pemilik jenama lain sebab “ter”pakai jenama orang.

Saranan saya, sebelum keluar produk, pilih jenama yang betul dan buat semakan trademark dulu sebelum keluar produk. Dah pilih jenama, buat permohonan trademark secepat mungkin.

Dan pastikan monitor permohonan sampai dapat sijil. Bukan setakat buat permohonan sahaja lepas tu biarkan.

Jika perlukan sebarang bantuan untuk mendaftar trademark atau trademark menghadapi masalah bantahan atau bangkangan, boleh hubungi saya.

 

*Gambar sekadar hiasan

Rayuan Cap Dagangan

Selain dari menguruskan pendaftaran, tugas sebagai ejen trademark juga termasuk membuat rayuan untuk trademark yang menerima bantahan dari MyIPO.

Jika permohonan yang saya uruskan dari peringkat awal biasanya jarang mendapat bantahan kerana semakan telah dibuat terlebih dahulu. Tetapi, untuk yang membuat permohonan sendiri, banyak permohonan yang mendapat bantahan dan datang kepada saya untuk bantuan membuat rayuan.

Dan ada di antara bantahan yang diterima hampir tidak mempunyai peluang langsung untuk berjaya di dalam rayuan.

Antara sebab bantahan adalah tidak mengikut syarat pendaftaran yang ditetapkan Akta dan juga mempunyai persamaan dengan trademark yang sudah sedia ada.

Rayuan mesti difailkan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh surat bantahan. Jika tidak membuat rayuan, permohonan akan dibatalkan dan jika lewat membuat rayuan, penalti lewat akan dikenakan.

Hubungi saya 019-3781629 jika anda memerlukan bantuan untuk membuat rayuan cap dagangan.

BANTAHAN CAP DAGANGAN (TRADE MARK OBJECTION)

Setiap permohonan cap dagangan yang dibuat kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia tidak mempunyai sebarang jaminan ia boleh diluluskan. Ia tertakluk kepada sama ada sesuatu cap dagangan tersebut memenuhi kriteria pendaftaran yang ditetap oleh Akta Cap Dagangan 1976 dan juga tidak mempunyai persamaan dengan cap-cap dagangan yang telag sedia dipohon atau didaftarkan.

Jika sesuatu permohonan tidak menepati kriteria pendaftaran atau mempunyai persamaan dengan permohonan cap dagangan sedia ada, maka pihak pendaftar akan mengeluarkan satu surat yang dikenali sebagai surat bantahan atau dikenali dengan kod CD70. Surat ini perlu dijawab dengan mengemukakan rayuan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh surat dikeluarkan.

Continue reading BANTAHAN CAP DAGANGAN (TRADE MARK OBJECTION)