Tag Archives: trade mark

Jenama vs Design

By | September 26, 2016

Saya biasa ditanya, terutama oleh pengusaha tudung dan pakaian. Perlu daftar jenama dahulu atau design pakaian dahulu. Kebanyakan mereka bila saya tanya balik soalan yang sama akan menjawab, design lebih utama sebab design mereka adalah design yang masih tidak ada di pasaran. Ini respon saya. Design pakaian tidak akan bertahan lama di pasaran. Design yang… Read More »

Adakah pendaftaran cap dagangan wajib?

By | January 19, 2011

Jawapannya ialah tidak. Pendaftaran cap dagangan tidaklah menjadi kewajipan sebagaimana pendaftaran syarikat atau perniagaan jika ingin memulakan perniagaan. Namun begitu, pendaftaran cap dagangan bagi produk dan perkhidmatan adalah amat penting bagi mendapatkan hak eksklusif terhadap sesuatu cap dagangan serta mendapat perlindungan undang-undang sekiranya berlaku pelanggaran hak cap dagangan seperti cap dagangan digunakan tanpa kebenaran, cap… Read More »

Daftar Harta Intelek Anda Sekarang!

By | January 13, 2011

Untuk makluman semua, tahun ini dijangkakan Akta Cap Dagangan dan juga Akta Paten akan dipinda bagi memasukkan beberapa baru dan juga penambahbaikan kepada sistem cap dagangan dan paten sedia ada.  Saya juga mendapat maklumat bahawa bayaran untuk permohonan cap dagangan dan paten akan dinaikkan selepas pindaan akta nanti. Cuma sehingga hari ini tiada sebarang maklumat… Read More »

PETIKAN BERITA: Malaysia paling pantas lulus daftar harta intelek

By | January 11, 2011

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi negara terpantas di dunia meluluskan tempoh pendaftaran pemilikan harta intelek berbanding Australia, Jepun dan Korea, bermula 1 Februari ini. Penambahbaikan itu merangkumi tempoh pendaftaran paten daripada 39 kepada 26 bulan untuk permohonan biasa tetapi boleh disingkatkan kepada 20 bulan jika pemohon mahu dipercepatkan. Pendaftaran cap dagangan pula disingkatkan daripada 18… Read More »

Prosedur Pendaftaran Cap Dagangan di Malaysia

By | April 30, 2010

Pada entri yang lepas, saya telah menjawab satu e-mel dari pembaca yang bertanyakan tentang prosedur pendaftaran cap dagangan atau trade mark. Disebabkan kesuntukan masa, saya hanya sempat membalas secara ringkas emel tersebut. Kali ini, saya akan menerangkan lebih lagi berkenaan prosedur pendaftaran cap dagangan. Ini bagi membantu masyarakat di luar sana untuk mendaftarkan jenama sesuatu… Read More »

Contoh Cap Dagangan Yang Tidak Boleh Didaftarkan

By | April 9, 2010

Sebelum ini saya telah menerangkan tentang ciri-ciri cap dagangan yang boleh didaftarkan. Untuk kali ini, saya akan memberikan beberapa contoh cap dagangan yang tidak boleh didaftarkan. Contoh-contoh ini adalah sebahagian sahaja dan saya akan terangkan dengan lebih terperinci pada entri yang akan datang. Contoh 1: Cap dagangan yang mempunyai simbol atau perkataan bunga raya.

Harta Intelek – Cap Dagangan

By | February 18, 2010

Sebelum ini saya telah menerangkan secara umum mengenai apakah itu harta intelek. Untuk entri kali ini, saya akan menerangkan mengenai salah satu cabang harta intelek iaitu cap dagangan atau ‘trade mark’ di dalam bahasa inggeris. Cap dagangan merujuk kepada satu tanda yang dapat membezakan antara barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pemiliknya dengan barangan atau… Read More »