Telekung Boleh Didaftarkan Di Bawah Harta Intelek?

Telekung Siti Khadijah

Semasa saya melayari internet hari ini, saya telah terjumpa satu laman web yang menjual produk telekung jenama Siti Khadijah.  Apa yang menarik perhatian saya ialah telekung ini telah berjaya didaftarkan di bawah reka bentuk perindustrian, salah satu cabang harta intelek.

Walau bagaimanapun, saya tidak pasti secara terperinci aspek pendaftaran telekung ini sama ada aspek perlindungan yang dituntut  meliputi bentuk atau corak telekung tersebut.

Telekung Siti Khadijah

Tetapi berdasarkan pengalaman saya, sekiranya produk berbentuk fabrik atau kain, kebiasaannya pendaftaran akan diberikan kepada corak yang terdapat pada telekung tersebut. Dengan pendaftaran ini, pengusaha telekung ini telah memperoleh perlindungan reka bentuk perindustrian untuk produk telekungnya.

MYIPO-HARTA-INTELEK-212x300

Gambar kredit kepada : www.sitikhadijah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *