Ulasan Ringkas – Buku Rancang Wang Dari Sekarang oleh Pakdi

By | January 6, 2011

Kepada Tuan Pakdi, saya telah pun berjaya mendapatkan buku tuan dari MPH 1Utama. Agak lama juga masa yang saya perlukan untuk menghabiskan buku setebal 159 muka surat ini. Masa yang lama bukan disebabkan buku tu tebal, tetapi saya bacanya dari bab ke bab. Habis baca satu bab, saya tutup buku ini untuk beberapa hari dan kemudian saya buka balik untuk membaca bab yang seterusnya.

Apa yang saya boleh katakan ialah buku ini disusun dengan baik sekali dari segi asas perancangan kewangan. Ianya mudah difahami dan dapat dijadikan sebagai rujukan asas perancangan kewangan terutama kepada mereka yang baru memulakan kerjaya. Buku ini dimulakan dengan perbincangan mengenai harta dan Islam sehinggalah ke bab pelaburan saham dan hartanah. Antara lain, buku ini juga menyentuh kepada keperluan mendapatkan perlindungan takaful, perancangan perbelanjaan dan juga perbincangan mengenai hutang.

Apa yang ketara di dalam buku tulisan Pakdi ini ialah penekanan beliau kepada sistem ekonomi  Islam di dalam semua transaksi atau muamalat harian. Sebagai contoh, Pakdi meletakkan sedekah jariah dan zakat sebagai satu cabang penting di dalam perancangan kewangan yang mana pada kebiasaannya kedua-dua elemen ini jarang dimasukkan di dalam perancangan kewangan seseorang. Jadi saya merasakan apa yang ditulis oleh Pakdi ini bertepatan dengan sistem Islam di mana zakat dan sedekah jariah mampu menjana dan membantu menguatkan ekonomi umat Islam.

Jadi, kepada yang masih belum memiliki buku ini, dapatkan segera di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh menghubungi Tuan Pakdi di blog beliau www.pakdi.net.

2 thoughts on “Ulasan Ringkas – Buku Rancang Wang Dari Sekarang oleh Pakdi

  1. mancai

    salam bro eh dah zeralogies.com buka teralogies.com.. ke ada pendua ni… apapun aku dah beli buku dari pak di ni memang sangat2 menarik…

    Reply
  2. Azizi Zulkefli Post author

    Buat domain baru utk asingkan artikel2 yg dah bercampur aduk sblm ni.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *