Celcom merupakan penyediaperkhimatan komunikasi mudah alih terkemuka negara. Saya sendiri merupakan pelanggan Celcom sejak enam tahun yang lepas, bermula dengan talian prabayar sehinggalah talian pascabayar yang sedang saya gunakan sekarang.
Celcom merupakan pengendali rangkaian mudah alih yang mempunyai liputan terluas di Malaysia. Hampir ke semua kawasan berpenduduk di Malaysia mempunyai liputan Celcom. Walau bagaimanapun, saya percaya masih ramai lagi pengguna Celcom yang tidak mengetahui mengenai perkhidmatan Cell ID yang ditawarkan Celcom
Untuk entri kali ini, saya akan berkongsi mengenai cell ID yang terdapat pada perkhidmatan mudah alih Celcom. Untuk maklumat, Celcom adalah satu-satunya penyedia mudah alih di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan Cell ID. Apa itu Cell ID?
Cell ID atau dipanggil juga sebagai Cell Broadcast memaparkan maklumat berkenaan tapak pemancar yang memancarkan isyarat mudah alih ke telefon bimbit. Sebagai contoh, sekiranya telefon bimbit anda mendapat isyarat mudah alih dari pemancar di Kota Damansara, maka di skrin telefon akan dipaparkan maklumat pemancar tadi. Maklumat yang dipaparkan akan berubah apabila anda bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dan bergantung kepada lokasi pemancar.
Contoh maklumat pemancar yang akan dipaparkan di skrin telefon bimbit adalah seperti berikut:
- TMN SBG2 G10361 – MSKPG2 (Pemancar di Bdr Pinggiran Subang)
- PCK PERDANA G00241 – MSKPG2 (Pemancar di Puncak Perdana)
Untuk contoh di atas, TMN SBG2 merujuk kepada lokasi pemancar. Kod nombor G10361 merupakan kod pemancar di lokasi tersebut. Kebiasaannya di setiap pemancar akan mempunyai tiga kod nombor nagi menunjukkan terdapat 3 antenna pemancar bagi setiap tapak pemancar. MSKPG2 pula menunjukkan kod bagi ‘mobile switching centre’ atau hab talian mudah alih yang menyatukan isyarat dari tapak-tapak pemancar dan menghubungkan dengan hab talian mudah alih yang lain. Di setiap negeri akan mempunyai sekurang-kurangnya satu hab talian mudah alih ini. Di negeri seperti Selangor yang mempunyai ramai pengguna talian mudah alih, terdapat lebih dari satu hab. Antara kod hab talian mudah alih yang dapat saya kesan seperti berikut:
- GSNW (N.Sembilan)
- GKPG (Selangor)
- GSBJ (Selangor)
Mungkin ada yang tertanya bagaimana untuk mendapatkan Cell ID ini. Tak susah sebenarnya. Bagi pengguna telefon nokia, terdapat satu fungsi ‘Cell Info Display’ pada setting telefon bimbit ini. Caranya anda boleh cari fungsi ini di bahagian ‘phone setting’ atau ‘display setting’; bergantung kepada model telefon. Untuk model telefon lain, anda boleh pergi ke bahagian mesej, cari bahagian setting untuk mesej, cari ‘cell broadcast’ atau ‘message broadcast’. Cuba cari setting untuk cell broadcast ini dan cari fungsi untuk ‘add topic’. Add topic sebagai celcom, dan letakkan channel ID sebagai ‘50? dan simpan. Setelah selesai, Cell ID akan memaparkan lokasi tapak pemancar anda.
Sehingga artikel ini ditulis, Cell ID ini hanya boleh diperoleh pada rangkaian GSM sahaja. Jika telefon anda bertukar ke rangkaian 3G, telefon anda tidak akan memaparkan Cell ID pemancar tersebut. Terdapat juga tapak pemancar GSM di sesetengah kawasan yang tidak diset untuk memaparkan Cell ID ini oleh Celcom.
Harap semua pembaca dapat sesuatu yang baru mengenai penyedia rangkaian mudah alih Celcom. Untuk maklumat lanjut mengenai Cell ID ini, anda boleh ke pautan di bawah. Pautan di bawah adalah forum berkenaan Cell ID Celcom.
http://www.mobile88.com/forum_2000/forum_posts.asp?TID=1966&PN=1&TPN=1
ohh itu namanya CELL id..aku ingtkan SELL ID td 🙂
Sell ID dah lain maksudnye