Harta Intelek – Reka Bentuk Perindustrian (Industrial Design)

By | March 17, 2010

Industrial_Design

Untuk topik berkaitan harta intelek kali ini, saya akan menerangkan secara ringkas pengenalan kepada reka bentuk perindustrian. Reka bentuk perindustrian merupakan salah satu cabang harta intelek yang menumpukan kepada perlindungan reka bentuk barangan. Undang-undang berkenaan reka bentuk perindustrian di Malaysia berada di bawah Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996.

Secara amnya, reka bentuk perindustrian bermaksud sebarang bentuk,  tatarajah, corak atau ukiran yang diterapkan kepada suatu objek  melalui sebarang proses industri. Objek tersebut mestilah dalam bentuk yang sudah siap dan mampu menarik perhatian mata pengguna.

Untuk lebih mudah difahami, reka bentuk perindustrian merujuk kepada penampilan bentuk, corak atau ukiran sesuatu produk. Reka bentuk perindustrian boleh terdata dalam bentuk 3 dimensi pada bentuk atau permukaan sesuatu objek atau dalam bentuk 2 dimensi seperti corak dan garisan atau warna.

Contoh reka bentuk perindustrian dalam bentuk 3 dimensi. Gambar adalah reka bentuk Proton Exora
Contoh reka bentuk perindustrian dalam bentuk 3 dimensi. Gambar adalah reka bentuk Proton Exora
Reka bentuk sesuatu produk adalah penting sebagai daya penarik bagi melariskan jualan sesuatu produk. Oleh itu adalah amat penting bagi pengusaha sesuatu produk bagi mendapatkan perlindungan reka bentuk perindustrian agar hak mereka sebgai pemilik sesuatu reka bentuk terperlihara. Perlindungan reka bentuk perindustrian juga akan menggalakkan industri kreatif untuk berkembang kerana pereka cipta akan dapat melindungi hasil rekaan mereka menerusi undang-undang reka bentuk perindustrian.

One thought on “Harta Intelek – Reka Bentuk Perindustrian (Industrial Design)

  1. Azham bin Ahmad

    Ass. Bab. Rekabentuk perindustrian ni bolehkah lukis sendiri ala kadar jee. Atau kena cari pelukis yang diiktiraf macam pelukis plan?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *