BUTIRAN PROGRAM
Nama Program: Anda, Perniagaan & Harta Intelek
Tarikh: 30 Julai 2011
Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang
Tempat: Bilik Seminar, Gigaspace IT & Training Services,
N0. 10-1, Jalan 59/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2,
68100 Batu Caves, Selangor.
Bayaran: RM55
KANDUNGAN PROGRAM
Seminar 1: Pengenalan Kepada Harta Intelek dan Kepentingannya
Pengisian:
- Peserta akan diberi pendedahan secara umum dunia harta intelek
- Peserta akan diberi kefahaman akan kepentingan harta intelek di dalam perniagaan
- Memberi kesedaran kepada peserta agar mendapatkan perlindungan harta intelek bagi produk dan perkhidmatan mereka
Seminar 2: Pengenalan Kepada Cap Dagangan
Pengisian:
- Definisi cap dagangan
- Contoh-contoh cap dagangan
- Kriteria pendaftaran cap dagangan
- Cap dagangan yang tidak boleh didaftarkan
- Prosedur asas pendaftaran cap dagangan
Pendedahan Praktikal:
- Bagaimana jenama dapat dikukuhkan dengan pendaftaran cap dagangan
- Bagaimana untuk merancang pendaftaran jenama sebagai cap dagangan
- Bagaimana pendaftaran cap dagangan dapat mengelakkan perniagaan
kerugian besar.
Seminar 3: Pengenalan Kepada Reka Bentuk Perindustrian & Paten
- Pengenalan kepada reka bentuk perindustrian dan paten
- Ciri-ciri reka bentuk perindustrian dan paten yang boleh dan tidak boleh didaftarkan
- Perbezaan di antara reka bentuk perindustrian dan paten
- Prosedur asas pendaftaran reka bentuk perindustrian dan paten
Seminar 4: Pengenalan kepada Hak Cipta
Pengisian:
- Pengenalan kepada hak cipta
- Karya-karya yang dilindungi oleh hak cipta
- Isu–isu berkaitan hak kepunyaan karya dan hak pemunya karya
- Isu-isu berkaitan penulis buku dan penerbit
Pendedahan Praktikal:
- Apakah hak seorang penulis terhadap karyanya.
- Apakah terma-terma perjanjian penerbitan yang memberi manfaat kepada penulis sesuatu karya
- Bagaimana hendak membuktikan hak cipta sesuatu karya oleh penulis.
- Bagaimana menentukan hak cipta jika berkarya di bawah seliaan
pihak lain atau semasa tempoh pekerjaan.
Seminar 5: Pengkomersilan Harta Intelek
Pengisian:
- Kaedah mengkomersilkan harta intelek
- Pengenalan kepada perlesenan, pemindahan hak kepunyaan harta intelek.
- Pengenalan kepada francais
Pendedahan Praktikal:
- Bagaimana melesenkan penggunaan jenama kepada pihak lain
- Bagaimana sesuatu karya penulisan boleh dikomersilkan melalui kaedah perlesenan
- Apalah terma-terma penting di dalam sesuatu perjanjian perlesenan
JURULATIH / PENCERAMAH
En. Ahmad Azizi Bin Zulkefli
- CEO AsicoNextech Sdn Bhd
- Jurusan Sarjana Muda Undang-undang UIAM
- Ejen Cap Dagangan Berdaftar dengan Perbadangan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
- Telah menghadiri kursus latihan jurulatih (Training of Trainers) kendalian Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO)
Pn. Nazuha Binti Zohor Ali
- COO AsicoNextech Sdn Bhd
- Jurusan Sarjana Muda Undang-undang UIAM
- Jurusan Sarjana Harta Intelek UKM
- Bekas Majistret Mahkamah Kuala Lumpur
Pendaftaran boleh dibuat di sini: