Tip Mencipta Jenama Sendiri

By | July 22, 2018

Memandangkan sekarang ramai yang hendak buat produk sendiri, ini sedikit panduan dalam strategi penjenamaan.

1) Jangan jadikan jenis produk sebagai jenama. Sebagai contoh, jika menjual collagen, jangan jadikan collagen itu sebagai nama utama, seperti collagen gold, collagen plus dan lain-lain. Nama-nama sebegini tidak akan boleh didaftarkan sebagai trademark.

2) Jika jenis produk diangkat menjadi jenama, ia tidak akan ada keunikan. Tujuan diwujudkan jenama adalah untuk mewujudkan keunikan dan membezakan di antara produk kita dengan produk orang lain di pasaran. Jika semua orang guna nama Collagen, macam mana hendak tahu perbezaan di antara produk-produk collagen yang ada di pasaran.

3) Kalau hendak pakai nama collagen juga, gabungkan dengan perkataan lain yang unik. Contoh, Collagen Seri Merbau. Angkat nama Seri Merbau di dalam kempen pemasaran. Dan nama yang boleh didaftar sebagai trademark adalah Seri Merbau, bukannya collagen.

4) Jangan guna nama tempat sebagai jenama produk, ia tidak akan diterima jika ingin daftarkannya sebagai trademark. Nama tempat tidak melambangkan keunikan.

5) Fokus kepada membina reputasi jenama, bukannya kepada jenis produk. Produk mungkin akan bertukar, tetapi jenama akan tetap kekal. Jika pelanggan sudah setia dengan jenama, keluarlah produk apa sekalipun, sudah pasti pengikut setia jenama akan membelinya.

6) Wajib daftar jenama sebagai trademark. Bisnes boleh runtuh sekelip mata jika tidak ada perlindungan terhadap jenama. Orang sekarang boleh keluarkan produk tiruan hanya semalaman dan budaya ciplak sudah menjadi amalan. Sediakan payung sebelum terlambat.

3 thoughts on “Tip Mencipta Jenama Sendiri

  1. zahaimi

    ASSALAMUALAIKUM TUAN.
    saya berminat untuk mendapatkan info berkaitan tip mendaftar jenama sendiri.
    sebagai contoh saya kini menjalankan perkhidmatan sewaan kereta atas nama Z’mi Trades Sdn.Bhd
    bolehkah saya kekalkan nama ni atau perlu nama lain.
    wasap saya di 0193075939

    Reply
  2. MOHAMAD ARIF HAIQAL BIN KAYRUDIZAY

    ASSALAMUALAIKUM TUAN, saya berminat untuk membuat jenama sendiri(ek product) product pakaian …saya bercadangn untuk membuat baju dahulu..jenama saya di ilham kn oleh saya sndiri dgn singkatan name gelaran saya iaitu eka kerol

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *