PETIKAN BERITA: Beras Faiza tidak boleh guna label ‘ponni’

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan sebagai tidak sah penggunaan perkataan ‘‘ponni’’ sebagai label bagi beras keluaran syarikat Faiza Sdn Bhd.

Hakim Datuk Azahar Mohamed membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Agricultural and Processed Food Products Export Development

Authority of India (APEDA) dan empat lagi untuk membatalkan cap dagang dibuat oleh syarikat tempatan itu.

Beliau memutuskan supaya pendaftaran cap dagang bagi ‘‘ponni’’ dibatalkan dan dikeluarkan daripada Daftar Cap Dagang Malaysia.

Dalam penghakimannya, Azahar berkata beras ‘‘ponni’’ dihasilkan di wilayah Delta Kaveri di India, dan syarikat Faiza tidak mempunyai hak untuk mendaftar penggunaan perkataan ‘‘ponni’’ itu.

“Perkataan ‘‘ponni’’ bukannya satu perkataan yang dihasilkan oleh syarikat Malaysia itu. Dalam bahasa Tamil, ponni bererti emas kerana beras adalah sesuatu yang amat bernilai, dan ponni adalah nama yang diiktiraf sebagai satu jenis beras dari Tamil Nadu. Continue reading PETIKAN BERITA: Beras Faiza tidak boleh guna label ‘ponni’