Geran Penyelidikan & Pengkomersilan

Posted by Azizi Zulkefli | Posted in Perniagaan | Posted on 01-08-2011

0

Bagi para penyelidik, dana penyelidikan amat diperlukan bagi menampung kos penyelidikan yang ingin dijalankan.  Bagi penyelidik yang berkhidmat dengan pusat penyelidikan atau universiti, terdapat peruntukan bagi membiayai kos penyelidikan mereka. Namun peruntukan ini terhad dan para penyelidik terpaksa bersaing sesama mereka untuk mendapatkan dana ini.

Bagi mereka yang telah mempunyai produk pula, pengkomersilan adalah satu keperluan bagi memastikan produk yang dihasilkan dapat diperkembangkan di pasaran dan dapat dimanfaatkan oleh orang awam. Namun, kekangan dana menyebabkan ramai yang tidak beperluang untuk mengkomersilkan produk mereka.